Monday, November 29, 2010

SSDE 2 : Parlimen Kuala Selangor – PAS pengkhianat kepada Islam!

Bertempat di Dewan Masyarakat Bintang Gemilang, DUN Bukit Malawati semalam telah berlangsung Ceramah SSDE 2 yang diketuai oleh En.Sivam ( anak jati Kuala Selangor ), Pemidato Pemuda BN dan Ustaz Ahmad Najib ( Bekas YDP PAS Gombak ).

Pembuka ceramah telah disempurnakan oleh YB Datuk Amiruddin Setro. Antara perkara yang dibangkitkan didalam ucapan beliau adalah tentang penyelewengan bayaran ulangtahun Yayasan Selangor yang memakan belanja sebanyak RM300,000.

Difahamkan kontroversi perbelanjaan majlis yang dikatakan menelan kos RM300,000 yang didakwa tidak munasabah itu mula dicetuskan oleh Datuk Amiruddin semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor minggu lalu. Isu tersebut turut menyebabkan Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan membatalkan keberangkatan baginda ke majlis sambutan itu.

Datuk Amiruddin mempertikaikan mengapa bayaran pendahuluan terpaksa dilakukan sebanyak 2 kali dengan jumlah sebanyak hampir RM 290,000? Mengulas kenyataan Datuk Seri Noh Omar sebelum ini, perbelanjaan sebenar mencecah sebanyak RM800,000! Begitu juga dengan kewangan Yayasan Selangor. Terdapat sebanyak lebih kurang RM87 juta baki kewangan Yayasan Selangor yang ditinggalkan oleh kerajaan BN sebelum itu, dipercayai sekarang hanya tinggal separuh sahaja. Kemana kerajaan Selangor telah membelanjakannya!

Beliau juga mempertikaikan tentang kualiti di UNISEL sekarang! Apa yang beliau kuatirkan adalah tentang kualiti Universiti Negeri yang telah ditubuhkan oleh BN sebelum ini. Kualiti tenaga pengajar pun sudah semakin merosot. Ibu bapa sudah semakin gusar untuk menghantar anak-anak mereka menuntut ilmu di universiti tersebut. Kelayakan masuk sudah ketahap minima dan ibubapa terpaksa berfikir 2 kali sebelum menghantar anak mereka belajar disana! Dilihat UNISEL sudah menjadi longgokan ahli-ahli dan kroni-kroni Pakatan Rakyat. Mengapa UNISEL perlu di politikkan!

Kesemuanya ini menjadi persoalan kepada rakyat negeri Selangor untuk mendapatkan penjelasan dari MB Khalid mengapa begitu ketara penyelewengan yang berlaku di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor! Jika sebelum ini MB Khalid mengatakan bahawa kerajaan negeri Selangor sekarang adalah kerajaan yang perihatin dan telus terhadap rakyatnya, mengapa perkara ini boleh berlaku!

Penceramah pertama iaitu Saudara Sivan, Pemidato Pemuda BN membangkitkan pula mengenai isu air percuma sebanyak 20 meter padu. Beliau mempertikaikan mengapa yang air percuma bagi 20 meter padu yang bernilai RM11.40 ini pun dijaja keliling kampung sebagai simbol kerajaan berjiwa rakyat. Memang ia bagus, siapa yang tidak mahu benda percuma. Kerajaan BN yang sudah lebih 50 tahun telah memberi bermacam-macam subsidi kepada rakyat, tetapi tidak pernah mendabik dada!

Beliau berpendapat ada udang disebalik batu mengenai isu air di Selangor ini? Jika kerajaan negeri Selangor mengatakan yang air itu adalah hak rakyat Selangor, mengapa mereka mempertikaikan SYABAS! Bukankah CEO SYABAS adalah anak jati negeri Selangor? Malah 90% daripada pekerja SYABAS yang seramai hampir 3000 orang itu juga adalah rakyat Selangor. Jadi apa sebenarnya yang MB Khalid pertikaikan! Beliau percaya bahawa isu sebenarnya adalah kerajaan negeri berusaha menjadikan air sebagai komoditi politik! Selangor yang kini seperti mengeluh kerana terpaksa membelanjakan lebih RM12 juta sebulan sebagai menunaikan janji pilihan raya membekalkan air percuma, mahu menguasai pula industri air di Lembah Klang.

Apa salahnya, jika kakitangan SYABAS, syarikat konsesi bekalan air bersih Selangor yang merasakan diri mereka mampu, membantu rakyat miskin yang terbeban dengan bil air. Lagi pun bukan semua rakyat Selangor menikmati air percuma itu yang dimulakan sejak 1 Jun 2008. Terdapat ribuan penghuni pangsapuri yang menggunakan meter pukal terpaksa berputih mata dengan imbuhan RM11.40 sebulan itu. Sepatutnya langkah membantu rakyat iaitu golongan sasaran yang benar-benar memerlukan bantuan disokong. Tetapi itulah kerana kepentingan politik yang tidak memihak kepada mereka, usaha membantu rakyat seperti itu dimusuhi. Kerajaan negeri, dengan segala alasan mengelirukan bukan sahaja memusuhi syarikat konsesi tetapi juga Kerajaan Persekutuan. Kroni, rasuah dan salah guna kuasa yang disimpulkan sebagai merampas hak rakyat dijadikan alasan untuk menghalalkan usaha menguasai industri air Selangor.

Satu lagi isu yang dibangkitkan oleh Sdr. Sivan adalah tentang kurangya pelaburan terus masuk FDI ke negeri Selangor. Banyak kilang-kilang yang berada dikawasan perindustrian Shah Alam terpaksa di tutup! Banyak kilang-kilang kosong yang hendak dijual. Tambah beliau, mengikut lapuran MIDA pada tahun lalu, Selangor sudah ketinggalan dibelakang Johor dari segi menarik pelabur-pelabur baru untuk datang melabur. Dan berkemungkinan negeri Melaka juga bakal mendahului Selangor dalam masa terdekat! Beliau mempersoalkan apa sebenarnya kerja-kerja yang sudah dilakukan oleh Exco yang bertanggungjawap untuk memenangani perkara tersebut?

Selepas itu tiba pula giliran Ustaz Ahmad Najib, iaitu bekas YDP PAS kawasan Gombak untuk memberikan ceramah terakhir. Beliau menceritakan bahawa sejak lahir sehingga lah ke tahun 1990, beliau adalah pengikut setia parti PAS. Diatas persaudaraan Islam pada tahun 1990, beliau mengambil keputusan untuk keluar dari PAS setelah PAS mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan DAP yang bagi pendapat beliau adalah musuh utama Islam di negara ini. PAS ketika itu menolak salam persaudaraan yang dihulurkan oleh saudara seIslamnya iaitu UMNO.

Menurut beliau ketika PAS mula bekerjasama dengan DAP, wujud pertentangan ideologi di antara DAP dan PAS yang menggugat kerjasama antara parti pembangkang. Malah ianya sukar disembunyikan lagi apabila DAP mengakui parti itu menghadapi konflik kepentingan dengan PAS. Konflik kepentingan yang wujud antara DAP dengan PAS timbul disebabkan manifesto bersama yang dilancarkan oleh barisan pembangkang telah tidak menyebut mengenai penubuhan sebuah negara Islam. Menurut DAP, PAS boleh berbuat apa sahaja yang mereka suka termasuk memperjuangkan sebuah negara Islam tetapi tidak harus mengaitkan perjuangan parti itu dengan Pakatan Rakyat. Malah DAP melalui Karpal Singh pernah menyanggah PAS supaya langkah mayatnya dahulu, jika mahu menegakkan negara Islam!

Jelas dalam pakatan pembangkang ini DAP terus angkuh manakala PAS lebih rela menjadi tikus mondok yang hanya mengiyakan sahaja apa jua tindakan walaupun ia bersifat membelakangkan Islam. DAP berlagak seperti "big brother" cuba menekan PAS dan begitu biadap mempersoalkan displin pemimpin PAS. Di manakah maruah sebenar PAS dalam situasi ini.

Hakikatnya DAP tetap tidak akan menerima apa jua rancangan yang menuju ke arah Kerajaan Islam. Kalau DAP dan pihak pembangkang lain tidak menyokong matlamat negara Islam bagaimana boleh PAS bersekongkol dengan mereka yang akan menentang habis-habisan matlamat utama kewujudan PAS ini? PAS telah berjanji untuk menubuhkan Negara Islam dan ini amat dinanti-nantikan oleh para pengikutnya. Tetapi apa yang sudah berlaku sekarang!

Ustaz Najib menegaskan yang PAS sekarang cakap tak serupa bikin! Mereka menyalahgunakan ugama demi kepentingan politik mereka. Mereka sanggup bersekongkol dengan DAP semata-mata hendakkan kuasa untuk memerintah! Untuk mendapat sebuah “ kerusi”, mereka sanggup mengorbankan cita-cita PAS yang sebenar untuk menegakkan negara Islam!

Dulu mereka kata UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC! Tetapi sekarang apa yang sudah berlaku? Mereka telan apa yang mereka sudah katakan kepada UMNO. Ibarat mengata orang, tetapi mereka sebenar yang lebih. Oleh kerana perjuangan asobiah itu tidak diakui oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW dan ianya bertentangan dengan Islam, maka dalam menghadapi Pilihanraya Umum 1982 PAS telah menggunakan asobiah itu untuk menuduh UMNO.

Tuduhan itu dibuat berdasarkan pentafsiran yang direka oleh PAS bahawa semangat kebangsaan melayu (Nasionalisma Melayu) itu diertikan sebagai asobiah, sedangkan menurut pengertian yang sebenarnya ialah semangat cintakan bangsa dan tanahair, yang mana dalam bahasa Arab disebut "Wathoniah" dan bukan "Asobiah".

Rasullulah SAW sendiri cintakan bangsa dan tanahair dan menyeru umat Islam mencintainya sebagaimana hadis yang bermaksud :- "Cintakan watan itu adalah sebahagian dari Iman".

Walaubagaimanpun isu ini tidak lama di perkatakan kerana pemimpin pemimpin PAS telah menyedari kalau pada satu ketika mereka dengan begitu lantang menuduh ahli ahli UMNO kafir disebabkan bekerjasama dengan MCA dan MIC (Parti Bukan Islam) tidak logiknya UMNO dituduh Asobiah, sedangkan asobiah itu adalah suatu sikap ta'asub yang semata mata mementingkan bangsanya sahaja, tanpa bersedia untuk bekerjasama dengan bangsa bangsa lain.

Kalau tuduhan itu diteruskan secara berpanjangan, mungkin umat Islam akan menyedari bahawa sebenarnya bukan UMNO parti assabiyah tetapi PAS, tegas Ustaz Najib.

Dalam pada itu Ustaz Najib menyeru kepada para hadirin yang hadir untuk terus berjuang menentang segala kemungkaran yang telah dilakukan oleh PAS dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat. Banyak penyelewengan yang sudah dilakukan oleh PAS sebagai Parti Islam. Beliau mengatakan bahawa PAS lah sebenarnya pengkhianat kepada Islam di negara ini. PAS menolah persaudaraan sesama Islam, malah beliau berpendapat adalah tidak wajar PAS bersama-sama dengan orang-orang yang menentang Islam, kerana ianya melibatkan aqidah.

Sebelum mengakhiri ceramah, beliau sempat menurunkan satu surah untuk direnungi bersama apabila bercakap mengenai keadilan. Surah tersebut adalah :

Surah 004: An-Nisaa’, Ayat 135.

Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.

RENUNG SEJENAK UNDANG-UNDANG TUBUH PAS

Dalam undang-undang tubuh PAS Bab Pertama (Fasal 2, Ceraian 2) telah menerangkan secara jelas perkara tersebut iaitu: "Memperjuangkan cita-cita lslam dalam masyarakat dan urusan pemerintahan negara". Sementara dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 1993) Bab Ketiga (Fasal 5, Ceraian 1) telah menyebutkan: "Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah".

Bahawasanya PAS, DAP dan PKR tidak pernah bersatu kerana sudah hakikat mereka ini tidak pernah bernaung dibawah satu ideologi. DAP Lawan Islam manakala PAS memperjuangkan Islam konon-kononnya. Apa akan jadi agaknya kalau ketiga-tiga parti perosak ini menjadi pemerintah kita? Satu sahaja jawapannya iaitu LINGKUPLAH SEMUA.

Sedarlah rakyat umat Islam-Melayu Malaysia, bahawasanya PAS bukan pejuang Islam sejati. Mereka hanya mengunakan Islam sebagai alat mendapatkan kuasa iaitu berselindung disebalik parti politik. Jika ianya bukan sebuah parti politik nescaya ia ibarat sama sahaja dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang wujud di Malaysia.

Kumpulan mereka meletakkan syurga dibawah tapak kaki ketua-ketua mereka seolah-olah syurga mereka yang punya diakhirat kelak.Tiada siapa diantara golongan mereka berani menegur perbuatan yang menyalahi ajaran Islam sepertimana ketua ajaran-ajaran sesat yang ada. Ini memberikan satu kuasa sampingan kepada ketua-ketua mereka untuk melakukan apa sahaja untuk mendapat keuntungan politik. Al-Quran, Hadith, hukum-hakam, hal ehwan Islam menjadi mainan politik serta pertaruhan oleh ketua-ketua serta pengikut dan penyokong PAS untuk mengekalkan kuasa.

Demi DAP dan PKR, PAS dibawah pemimpin yang ada kini akan mengorbankan PRINSIP dan Undang-Undang Tubuh parti PAS sendiri. Ahli PAS dan penyokong PAS yang mahukan Islam ala-PAS, sedarlah bahawa tiada lagi perjuangan dan syariat Islam di dalam PAS. Perjuangan Hudud bukan lagi "make-up" buat PAS.Kepada penyokong PAS yang sangat mentah untuk menilai semua ini kerana berpandukan emosi dan terpengaruh dengan lidah bercabang pemimpin PAS. TOLAK PAS, sebuah parti yang bertopengkan Islam yang sanggup merosakan agama Islam hanya untuk mendapat tempat di dalam Pakatan Rakyat. Janganlah tersesat dan mengadaikan AQIDAH demi kepercayaan tok-tok guru PAS yang berkepentingan. Wallahuallam.

Terima kasih diucapkan kepada para hadirin yang hadir. Begitu juga kepada para penceramah-penceramah yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan siri ceramah SSDE 2 ini. InsyaAllah untuk pusingan seterusnya akan berlangsung di DUN Jeram pula.

No comments: