Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Puteri UMNO Bahagian mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha..
Pengorbanan dalam perjuangan adalah penting agar apa yang dilakukan lahir dari satu keikhlasan..
Pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail adalah contoh yang boleh kita jadikan panduan..
Kepada rakan2 puteri..marilah berjuang, demi bangsa dan agama..
Maaf Zahir dan Batin..

Monday, November 23, 2009

SATU TRANSFORMASI

TAHNIAH, SYABAS dan TERIMA KASIH kepada semua peserta gerak gempur puteri. Semoga apa yang kita perolehi dari program 2 hari ini dapat dijadikan sebagai satu panduan untuk berubah dan mengubah kearah yang lebih baik...

"TUHAN TIDAK AKAN MERUBAH NASIB KITA JIKA KITA SENDIRI TIDAK BERUSAHA UNTUK MENGUBAHNYA"...

Monday, November 2, 2009

GERAK GEMPUR PUTERI

Program Gerak Gempur Puteri akan diadakan pada:

Tarikh: 21 dan 22 November 2009
Hari: Sabtu dan Ahad
Tempat: Teratak Riverview, Tanjung Malim

Semua cawangan diminta menghantar 3 org ahli puteri atau pengundi muda untuk mengikuti Program tersebut. Tiada pengecualian. Tarikh akhir penyerahan nama adalah pada 13/11/2009. Segala kelengkapan dan keperluan akan dikeluarkan sebaik senarai nama peserta dikeluarkan.

Sila ambil perhatian dan tindakan. Sekian Terima Kasih.

Friday, September 11, 2009

Wednesday, September 9, 2009

MENYUSUR AKAR AMAL RAMADHAN

Salam.

MENYUSUR AKAR AMAL RAMADHAN 2009 (05.09.09)

Program Menyusur Akar 2009 ada kelainannya... Tahun nie, kita anjurkan bersama KELAB REDAH 4x4.

Kita turun menyampaikan zakat dengan menaiki kenderaan pacuan 4x4. Orang tengok GAH je.. Keletihan di Bulan Ramadhan tak terasa, kerana keseronokan melakukan amal mengatasi segalanya.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar seperti yang di jadualkan. Bermula jam 9.00 pagi kita turun menyampaikan sumbangan zakat dan di akhiri dengan solat Terawih pada sebelah malamnya...

Sebanyak 110 buah keluarga telah pun kita sampaikan sumbangan tersebut.
Pecahannya seperti berikut :-
1. Dun Jeram - 42 buah keluarga
2. Dun Malawati - 38 buah keluarga
3. Dun Ijok - 30 buah keluarga

Semoga program seperti ini akan mendapat lebih sambutan terutamanya daripada ahli puteri. Sama-samalah kita meneruskan perjuangan parti yang masih belum selesai...

Monday, August 31, 2009

PROGRAM PUTERI BAHAGIAN SEPANJANG TAHUN 2009

PROGRAM TILAWAH ALQURAN ANJURAN BERSAMA PEMUDA KUALA SELANGOR







































SELAMAT MENYAMBUAT BULAN RAMADHAN



Saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua uma islam. Semoga Ramadhan kali ini memberikan seribu kenikmatan untuk kita terus beramal. Kuatkan semangat untuk terus berjuang..

Wednesday, August 12, 2009

Salam...

Selamat Datang ke Blog Puteri UMNO Bahagian Kuala Selangor.
Semoga dapat memberikan manfaat kepada semua.