Tuesday, May 11, 2010

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN UMNO KE-64

Assalammualikum... Salam 1 Malaysia.

11 MAY 2010 - Parti UMNO genap 64 tahun.
Saya mewakili Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bhgn. Kuala Selangor ingin mengucapkan "Selamat Ulangtahun UMNO ke-64" kepada semua ahli UMNO amnya dan Ahli Puteri khasnya.

Semoga kita akan sentiasa mengingati Sejarah Penubuhan UMNO dan mengambil ikhtibar di atas apa yang telah berlaku. Janganlah kita mudah leka dengan kesenangan yang kita kecapi ketika ini...kerana kesenangan ini tidak akan kekal menjadi milik kita seandainya tiada siapa yang mempertahankannya...

UMNO merupakan Parti yang masih relevan pada waktu ini..marilah Ahli-Ahli PUTERI sekalian kita teruskan perjuangan membela bangsa MELAYU..demi untuk anak-cucu kita di masa hadapan.

HIDUP UMNO! HIDUP PUTERI!.

- s/u Puteri, UBKS

Sunday, May 2, 2010

PELANCARAN VOGUE & SKUAD BERMOTOR











Penubuhan Skuad Vogue adalah bertujuan untuk memastikan Puteri UMNO sentiasa dalam keadaan siap dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan untuk membantu masyarakat setempat tidak kira dalam apa bentuk sekalipun..

Skuad Bermotor pula ditubuhkan untuk memastikan Program Puteri seperti "Konvoi Menjejak Puteri" dapat dijalankan dengan mudah dan lancar...setiap cawangan dialu-alukan untuk menambahkan bilangan keahlian dari masa kesemasa..

Keahlian untuk kedua-duanya masih dibuka dan kerjasama dari semua amat dialu-alukan..Marilah kita terus berganding bahu memantapkan Parti UMNO!

PERSIDANGAN PUTERI UMNO 2010

Salam

Persidangan akan bermula sepanjang bulan Mei dan Jun ini. Diharapkan semua Puteri Cawangan bersedia untuk mengumpulkan ahli-ahli cawangan..pastikan korum yang cukup dan bersidang mengikut peraturan dan perlembagaan yang ditetapkan...

SELAMAT BERSIDANG DAN MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB!

amanat- KPU3 BHGN-

KEJAYAAN PRK HULU SELANGOR






SYABAS DAN TAHNIAH...!!!

Semoga kejayaan di Hulu Selangor mampu dijadikan tauladan dan iktibar untuk kita merampas kembali Kuala Selangor dari tangan pembangkang..Bersatu Teguh Bercerai Roboh....

Terima kasih kepada semua puteri yang terlibat..tingkatkan usaha dan teruskan gerak kerja kita..Insyaallah berjaya..