Tuesday, January 4, 2011

SELAMAT TINGGAL 2010, SELAMAT DATANG 2011 !

Salam.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU, 2011...

Tahun 2010 telah pun pergi meninggal kita dengan pelbagai peristiwa suka-duka.
Semoga kita semua dapat menjadikannya sebagai pedoman & pengajaran bagi melayari tahun 2011 ini..

Sessi persekolahan pun telah bermula..SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH kepada semua.
Bagi golongan yang kurang berkemampuan tentu nya merasakan akan keperitannya bagi menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.

Bagi meringan bebanan golongan ini, Pergerakan Puteri UMNO Bhgn. Kuala Selangor telah mengadakan perogram "BACK TO SCHOOL" pada 18hb. Disember 2010 yang lepas.
Seramai 40 orang kanak-kanak di Daerah Kuala Selangor telah menerima sumbangan tersebut yang berupa pakaian lengkap sekolah, kasut, bag & kamus pelajar. Semoga ia dapat meringankan beban mereka. Bak kata pepatah "Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing".

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga usaha murni ini akan dapat diteruskan bagi membantu golongan yang memerlukan..

Wasalam.

-S/U Puteri UBKS-