Monday, December 20, 2010

Anwar dicabar dedah bukti 1Malaysia tiru 'One Israel'

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar mendedahkan bukti berhubung dakwaannya bahawa gagasan 1Malaysia diilhamkan oleh Apco Worldwide, syarikat perunding Amerika Syarikat yang dituduhnya di belakang kempen One Israel.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, cabaran itu dibuat berdasarkan tindakan Anwar sebelum ini yang sering kali mengugut kononnya mempunyai maklumat rahsia tetapi tiada apa yang didedahkan.

Apa yang hanya terdedah setakat ini katanya, hanyalah maklumat mengenai tindakan 'pelik' Penasihat PKR itu oleh WikiLeaks.

"Itu pun beliau tuduh polis bersekongkol dengan agensi perisikan negara berdaulat seperti Singapura dan Australia.

"Semua perkara mahu salahkan Barisan Nasional (BN) dan kerajaan. Pembakaran gereja, isu kepala babi dan kepala lembu... Sampaikan kerusi dan meja terbang dalam pemilihan PKR pun salahkan BN. Semua itu tidak masuk akal," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Program Mesra Rakyat Menteri Dalam Negeri bersama warga Ampang di Kawasan Perindustrian Hata, Pandan Mewah di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Anwar baru-baru ini digantung selama enam bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat kerana menuduh gagasan 1Malaysia ditiru daripada 'One Israel'.

Dalam siri jelajah dilakukannya di beberapa kawasan baru-baru ini, beliau mendakwa akan terus mendedahkan bukti-bukti mengenai perkara itu dan kerjasama kerajaan dengan APCO.

Hishammuddin menambah, ugutan seperti itu bukan kali pertama dilakukan Anwar.

"Kalau dulu, Anwar kata mempunyai banyak kotak maklumat rahsia untuk didedahkan tetapi sampai hari ini tiada satu pun didedahkannya.

"Saya percaya, kalau beliau betul ada bukti, sudah lama beliau akan dedahkan apa yang tidak betul," ujarnya.

MAKLUMAT SULIT ANWAR DITANGAN LEE KUAN YEW DARI DAP ?

Cuba bagi tahu apa yang DSAI boleh buat dalam situasi ini jika telur sudah dalam tangan DAP?. Diramas pecah dan ditarik pun pecah. Jika digenggam menjadi masak. Itulah masalahnya jika rahsia besar didalam tangan orang.

Bekas ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Hamidzun Khairuddin meminta ...DAP memberi penjelasan bahawa Menteri Mentor Singapura LKY telah mendapat maklumat kes liwat terperinci dari peguam DSAI, KapalSing kerana segala maklumat itu berada dalam tangannya(DAP).

Dengan maklumat sulit itu, akan menjadi senjata jika DSAI menjadi PM. Beliau adalah flatform bagi DAP mendapatkan undi Bumiputera-Melayu dalam PRU nanti.

Hamizun selaku Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menuntut supaya DAP memberikan penjelasan kepada rakyat. ( MM –online Dec 19, 2010).

CATATAN PINGGIR

Pendedahan Hamidzun –GAPS ini tidak terlintas dikepala kita selama ini. Ia sangat logic dan boleh dipercayai memandangkan KapalSing (KS) adalah peguam DSAI. KS adalah orang yang paling tahu segala apa yang berlaku dalam terang dan gelap. Setiap inci dicatat dan difailkan sebagai hujah pembelaan.

Sebenarnya DSAI, sedikit tidak sedar bahawa 'perangkap' KS menyinggah. Maklumat itu bertukar tangan kepada Wikileaks pastilah melalui LKY. Bagitulah nasib, orang yang membuat salah, langkahnya semua salah.

DSAI juga lupa sepanjang masa dalam kerajaan BN, jawatan terakhir adalah menteri kewangan dan TPM. Berapa banyak tekanan yang dihadapi DAP oleh DSAI selaku TPM ?. Adakah KapalSing, Lim Kit Siang dan lain-lain melupai air tangan DSAI terhadap mereka?. Tidak.

Adakah DAP, Lim Kit Siang dan KapalSing lupa mereka masuk ISA dalam operasi lalang?. Jawabnya tidak. Bila DSAI ditimpa musibah adakah mereka ingin berbuat secara ikhlas kepada DSAI, Sedangkan luka didalam belum sembuh?. Pasti hati mereka sangat berdarah didalam tahanan ISA. DS Annwar salah seorang penggerak terpenting BN pada kedudukannya sebagai TPM waktu itu.

Tiba-tiba bila berlaku hal, KS dijadikan tempat mengadu dan membela DSAI. Bagi KapalSing itu adalah satu permulaan yang baik dan strategik. Sebagai seorang peguam, klien tidak boleh bersembunyi. Setiap patah perkataan ada makna yang tersendiri. Godfather DAP adalah LKY di Singapura. Nah sekarang ambil sebiji.

Dengan pendedahan ini DAP sukar untuk mereka menafikannya kepada public . Setelah pendedahan ini dibuat oleh Hamidzun barulah kita sedar 'pokok' asalnya sumber mana maklumat Wikileaks.

Apa akan jadi jika benar-benar Pakatan Pembangkang menang?. DAP pasti berjaya meletakan LKS sebagai tempat nombor dua iaitu TPM. Apakah DSAI berani tidak melayan jika LKS menuntut Jawatan penting kabinet, seperti Menteri dalam Negeri, Kewangan, Penerangan dan sebagainya ?. Apa jadi jika DSAI tidak layan?. Bahaya..sangat bahaya.

Cuba bagi tahu apa yang DSAI boleh buat dalam situasi ini jika telur sudah dalam tangan DAP?. Diramas pecah dan ditarik pun pecah. Jika digenggam menjadi masak. Itulah masalahnya jika rahsia besar didalam tangan orang.

Dimana Pas dalam keadaan ini?. Pas fikirlah sendiri. Apakah perlu perbincangan? . Jawabnya tidak perlu. Rahsia itu sebagai batu pancang antara DSAI dan LKS. Apakah Pas sedar ini semua?.

Saya ucapkan tahniah kepada GAPS kerana berani menimbulkan persoalan ini. Ia mematangkan kita berfikir.

sumber : Suara Majlis & Melayurayadaily