Thursday, October 7, 2010

Makluman Penundaan Tarikh Pertandingan Bola Jaring

Salam...

Untuk makluman Pertandingan Bola Jaring (Puteri Cup) telah ditunda pada tarikh 14/11/2010 (AHAD) bertempat di Padang SMK JERAM KUALA SELANGOR..
Kami memohon maaf diatas segala kesulitan..

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Tuesday, October 5, 2010

PERTANDINGAN BOLA JARING (PUTERI CUP) anjuran Puteri UMNO Bahagian Kuala Selangor.

Salam semua...
semoga semua nya berada dalam keadaan sihat sejahtera hendak nya..
Untuk makluman Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Selangor akan mengadakan Pertandingan Bola Jaring (PUTERI CUP) pada 31.10.2010 (AHAD) di Padang SMK JERAM KUALA SELANGOR. Semua cawangan Puteri Kuala Selangor adalah digalakkan untuk menyertai pertandingan ini.. Selain itu, pertandingan juga terbuka kepada badan-badan NGO,Jabatan-jabatan kerajaan dan semua pasukan yang berminat..
Untuk maklumat yang lebih lanjut sila berhubung dengan SUK PUTERI BAHAGIAN ditalian 017-2717649 (CIK LIN). Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 22.10.2010..

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

SEKIAN, TERIMA KASIH.

MEMBETUL KESILAPAN DI GALAS

Selepas Manek Urai, Kelantan sekali lagi akan menghadapi pilihan raya kecil, kali ini N45 Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Gua Musang.

DUN Galas kosong berikutan kematian wakil rakyatnya daripada Pas, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah paru-paru pada 27 September lalu.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Chek Hashim menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 apabila mendapat 4,399 undi berbanding Mohamad Saufi 3,753 undi.

Mohamad Saufi pada Pilihan Raya Umum 2004 berjaya mengalahkan Chek Hashim dengan majoriti 1,729.

Justeru, pilihan raya kecil yang akan diadakan membuka peluang kepada BN dan UMNO untuk merampas semula kerusi DUN Galas. Ini kerana, Galas merupakan satu-satunya DUN dalam Parlimen Gua Musang yang berjaya dimenangi oleh pakatan pembangkang.

Dua lagi DUN iaitu Nenggiri dan Paloh dimenangi oleh BN yang turut menguasai kerusi Parlimen Gua Musang di bawah Tengku Razaleigh Hamzah sejak sekian lama.

DUN Galas mempunyai 10,330 pengundi dengan 65.81 peratus adalah Melayu, Cina (22.03 peratus), India (1.18 peratus) dan lain-lain (10.32 peratus). Bagaimanapun, pada pilihan raya lalu hanya 8,323 pengundi atau 80.57 peratus yang keluar mengundi.

Sebagaimana kawasan lain di Gua Musang, Galas disifatkan kawasan tradisi BN. Bagaimanapun, angin perubahan yang berlaku dalam politik tanah air pada 2008, menyaksikan Galas terlepas kepada pembangkang.

Mengambil kira senario politik negara mutakhir ini, terutama perkembangan politik di negeri-negeri yang di perintah oleh pembangkang termasuk Kelantan, BN dilihat mempunyai peluang cerah untuk menawan semula Galas.

Pemilihan Tengku Razeleigh yang cukup sinomin dengan rakyat dan daerah Gua Musang sebagai Pengarah Pilihan Raya BN, menguatkan lagi persediaan jentera parti dalam menghadapi Pas.

Sememangnya, bagi Pas, pelantikan Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Li, merupakan satu cabaran berat untuk mereka dalam usaha mengekalkan kerusi berkenaan yang sempat diduduki tidak sampai tiga tahun.

Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Haron dalam satu pertemuan dengan pemberita, mengakui Pas berhadapan cabaran berat berikutan pelantikan Ku Li.

Malah katanya, Pas mengakui ketokohan dan kemampuan Ku Li yang pernah mencipta rekod dengan menumbangkan kerajaan Pas Kelantan pada tahun 1978.

"Kemenangan kita dulu pun kemenangan tipis, kali ini kita terpaksa mengatur strategi berlainan," akuinya.

Pas jelas bimbang sekiranya Galas jatuh, ia mengukuhkan lagi usaha BN untuk menumbangkan kembali kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Sedangkan Pas akan meraikan ulang tahun ke-20 pemerintahannya tidak lama lagi.

Selain Abdul Fatah, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub turut mengakui parti itu berdepan cabaran besar untuk mempertahankan Galas.

Lantaran itulah, Pas sangat berhati-hati dalam soal memilih calon dan sehingga kini masih merahsiakannya walaupun mengakui sudah ada senarai, kerana tidak mahu 'berputih mata.'

Sebenarnya, menang atau kalah pada pilihan raya kecil tersebut tidak memberi impak kepada kedudukan kerajaan negeri pimpinan Pas yang ketika ini menguasai 39 daripada 45 kerusi di Dewan Undangan Negeri.

Bagaimanapun, Pas sudah pasti ingin mempertahankan kerusi tersebut bagi menjaga maruah mereka sebagai sebuah kerajaan, selain untuk menepis persepsi 'menang kerana nasib' pada pilihan raya lalu.

Pas juga sudah tentu ingin meneruskan 'perjuangan yang belum selesai' Chek Hashim kerana pembangunan yang ada di Galas ketika ini pun hasil usaha BN sebelum ini.

Selain itu, pilihan raya tersebut juga mungkin boleh dijadikan kayu pengukur oleh Pas untuk melihat sokongan rakyat terhadap parti itu yang diselubungi oleh pelbagai isu di peringkat nasional dan negeri.

Antaranya, sikap berdolak-dalik Pas mengenai dasar perjuangan parti untuk menegakkan sebuah negara Islam, kenyataan kontroversi Muryidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan isu-isu melibat wakil rakyat DAP dan penyatuan orang Melayu.

Jadi tidak hairanlah apabila ada pimpinan Pas yang secara terbuka mencadangkan UMNO tidak bertanding di Galas dan memberi kemenangan 'percuma' kepada parti itu atas alasan penyatuan Melayu.

Ironinya, pemimpin Pas jugalah yang sering meletakkan pelbagai syarat dalam menyahut hasrat UMNO untuk menyatukan orang Melayu.

Di pihak BN, pelbagai kemelut yang berlaku dalam kerajaan Pas Kelantan dan pakatan pembangkang, sudah pasti menguntungkan mereka untuk melengkapkan kemenangan di Gua Musang.

Sebagaimana Pas, UMNO juga begitu optimis untuk mencapai kemenangan di Galas dan impian itu dijangka tercapai dengan kekuatan UMNO bahagian di bawah kepimpinan Ku Li.

Kemenangan di Galas juga sebenarnya penting kepada BN untuk mengukur sokongan rakyat kepada parti itu selepas pilihan raya 2008 yang menyaksikan BN Kelantan hanya memenangi enam kerusi DUN.

Melihat kepada pembangunan yang ada di Galas dan Gua Musang amnya, maka, rakyat tempatan sebenarnya tidak ada sebab untuk menolak UMNO dan BN pada kali ini.

Ini kerana, sepanjang di bawah pemerintahan BN, Gua Musang termasuk Galas merupakan antara daerah yang pesat membangun di Kelantan, jika dibandingkan dengan daerah-daerah lain yang berada di bawah pentadbiran Pas.

Sebagaimana dijelaskan oleh Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Noor Zahidi Omar baru-baru ini, pengundi di Galas kini cukup bijak untuk membuat keputusan demi masa depan mereka dan tidak harus terikut-ikut dengan sentimen luaran.

Malah, melihat perkembangan politik yang berlaku sejak akhir-akhir ini terutama melibatkan kerajaan negeri, Pas dan pakatan pembangkang lain, katanya, pengundi di Galas sewajarnya mempunyai kebijaksanaan dalam membuat keputusan.

"Kita yakin pengundi di Galas cukup bijaksana untuk buat keputusan yang terbaik," katanya.

Bagi pemerhati politik pula, pengundi di Galas tidak seharusnya mensia-siakan peluang yang ada untuk 'membetulkan' kesilapan lalu dengan tidak menjadikan masa depan anak cucu mereka sebagai taruhan.

OPEN HOUSE SANA SINI...




SALAM...
Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kpd semua bloggers...
sepanjang bulan Syawal ni kami telah mendapat banyak undangan rumah terbuka...ada yang dapat dipenuhi..mana yang tidak dapat kami hadir,kami mohon maaf yer...

Salam ...
pada bulan Ramadhan yang lepas, Pergerakan puteri UMNO Bahagian Kuala Selangor telah menganjurkan program "KEMBARA SAHUR PUTERI 2010" bertempat diparlimen Kuala Selangor..
Program telah bermula seawal jam 3 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi.. Program ini telah dibahagikan kepada dua peringkat mengikut DUN iaitu peringkat pertama pada 22hb ogos di DUN BUKIT MALAWATI & IJOK dan seterusnya pada 29hb iaitu di DUN JERAM..
sebanyak 39 buah rumah telah dipilih untuk mengikuti program ini...
harapan kami agar kami dapat mengadakan program seperti ini lagi pada masa yang akan datang,,

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT!
SYABAS & TAHNIAH!