Tuesday, July 20, 2010

Konvoi Amal Pergerakan Puteri UMNO Selangor bersama badan NGO PEKIDAM


Salam..
hai kawan-kawan..
agak lama x jenguk blog ni..
Ok...Pada 17 Julai 2010 yang lepas, kami telah mengikuti Program Konvoi Alam Pu3 Selangor bersama Badan NGO PEKIDAM yang bermula di Kapar, di Kediaman Dato' Rahman Palil dan berakhir di bahagian Sg. Besar..
Sebanyak lebih kurang 30 biji motor & 35 biji kereta telah mengikuti konvoi ini...
ahli-ahli konvoi terdiri daripada Puteri UMNO,Skuad Sayang Wanita dan ahli-ahli PEKIDAM..Memang seronok sangat..
Ahli-ahli konvoi telah berhenti di 5 rumah di Tg. Karang untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan..melihatkan keadaan mereka terbit rase syukur kerana masih sihat & sempurna untuk terus menjalani hidup ini...Alhamdulillah...

Thursday, July 1, 2010

PERTANDINGAN FUTSAL WANITA

Salam..
PERTANDINGAN FUTSAL WANITA bersempena SAMBUTAN HARI BELIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR akan diadakan pada 11 JULAI 2010 (AHAD), bertempat di Gelanggang Futsal UMNO Bahagian Kuala Selangor, Kompleks UMNO Bahagian Kuala Selangor..

Kepada yang berminat untuk menghantar pasukan boleh menghubungi saya (LIN) di talian 0172717649 @ 0132851459..

Penyertaan adalah terhad untuk pasukan yang tinggal didalam Negeri Selangor shj..
1 pasukan akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM 20.00..

Penyertaan adalah terhad!!
1st come, 1st serve!!!

Tarikh tutup penyertaan : 8 Julai 2010..

tq & hav a nice day!!! =)

Anwar pergi 'melutut' kepada tokoh Yahudi!

Anwar pergi ' melutut ' kepada tokoh Yahudi!!!

Anwar Ibrahim yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan beberapa tokoh Yahudi disahkan mengunjungi Amerika Syarikat (AS) pada 23 hingga 26 Jun lalu bagi 'menjernihkan' hubungan dengan kelompok tersebut selepas dikatakan membuat kenyataan yang dilihat beliau anti-Yahudi... dalam isu APCO Worldwide, baru-baru ini.

Kunjungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke Washington itu didedahkan oleh kolumnis terkenal berbangsa Yahudi, Jackson Diehl dalam tulisannya di akhbar The Washington Post, kelmarin.Diehl dalam tulisannya bertajuk Flirting with zealotry in Malaysia (Bermain dengan kefanatikan di Malaysia) menyatakan bahawa Anwar meluangkan banyak masa untuk menawarkan penjelasan kepada rakan-rakan lama beliau termasuk Pengerusi Jawatankuasa Luar Negeri, Howard Berman dan beberapa pemimpin Yahudi.

Anwar dalam tulisan itu juga dikatakan menyesal menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis," yang biasanya digunakan oleh Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad."Kenapa saya perlu menggunakannya jika hal itu menyebabkan begitu banyak salah faham? Saya harus lebih berhati-hati." kata Anwar seperti dipetik oleh Diehl yang merupakan timbalan pengarang untuk halaman pengarang The Washington Post.

Kenyataan Anwar itu turut didedahkan oleh blog AnwarIbrahimDot Com selain berpuluh-puluh blog lain di negara ini.Pada 4 Mei lalu, laman web berhaluan kanan AS, melalui tulisannya dalam 'The New Ledger', sebuah penerbitan Internet Amerika yang menyiarkan pendapat golongan penyokong sistem kapitalis dan konservatif, Rachel Motte berkata, Anwar telah membuang kawan lamanya di Washington dan menjadikan kontrak APCO Worldwide sebagai asas untuk mereka cipta teori konspirasi mengenai penguasaan Yahudi, rancangan Zionis dan kegiatan subversif di Malaysia.

Dalam tulisan bertajuk 'The Reversal of Anwar Ibrahim', Motte mendakwa Anwar, yang dianggapnya sebagai ahli politik berbisa dan berkarisma menjadi punca munculnya semangat anti-Yahudi di Malaysia.Katanya, ini bukan kali pertama "beliau mengambil jalan ini" dan Anwar "mempunyai sejarah menggigit Yahudi (sikap prejudis atau bermusuh dengan Yahudi) apabila keadaan memerlukannya berbuat demikian.

Dalam lawatan ke AS itu juga, Anwar dilaporkan menemui beberapa tokoh politik Parti Demokrat yang diharap dapat membetulkan salah faham tentang isu 'antisemitik' yang telah dilemparkan kepadanya berkaitan kritikan beliau terhadap syarikat perunding perhubungan awam APCO di Dewan Rakyat baru- baru ini.

Antara tokoh Parti Demokrat yang ditemui beliau ialah bekas Setiausaha Pertahanan, Sir William Cohen, Ahli Kongres AS, Keith Maurice Ellison dan Timbalan Setiausaha Untuk Negara Asia Timur dan Pasifik, Kurt Campbell.Pada Mac lalu, Anwar dilaporkan pernah meminta pertolongan Campbell supaya kerajaan AS campur tangan dalam kes liwatnya. Namun dalam pertemuan terbaru dengan Campbell, Anwar turut menyatakan kekecewaan dengan kerajaan Presiden Barack Obama yang tidak bersungguh-sungguh membantunya.

"Kami kecewa. Kami menjangkakan kerajaan Presiden Obama melakukan lebih baik daripada Presiden George W. Bush dalam memberi sokongan kepada kumpulan yang mempecayai kebebasan, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang (sekular)", kata Anwar kepada agensi berita antarabangsa AFP.Selain bertemu dengan tokoh Yahudi di Washington, Anwar turut diberi peluang berucap di Woodrow Wilson International Center anjuran Woodrow Wilson International Center for Scholars yang dipengerusikan oleh Lee Herbert Hamilton, salah seorang kenalan Anwar dalam International Crisis Group (ICG).Woodrow Wilson International Center merupakan pusat antarabangsa yang diambil dari nama bekas Presiden Demokrat AS ke-28, Thomas Woodrow Wilson.

Wilson dianggap simbol 'keagungan Yahudi' kerana semasa pemerintahannya, beliau mengesahkan Deklarasi Balfour yang membenarkan Israel menubuhkan 'negara' di Palestin serta mencerca kumpulan yang dilabel anti-Yahudi.Dalam ucapan bertajuk 'Islam and Democracy in Southeast Asia' (Islam dan Demokrasi di Asia Tenggara), Anwar dengan tegas menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan mengkritik kerajaan Malaysia yang tidak bertoleransi terhadap penggunaan kalimah Allah.

''Tindakan melarang orang bukan Islam memanggil tuhan mereka dengan apa nama sekali pun adalah gila dan mengarut. Keputusan ini hanya dibuat oleh sebuah kerajaan yang tidak berpandangan jauh, bersifat perkauman, tiada bertolak ansur dan tidak demokratik," katanya. Anwar turut mengulangi kecamannya itu ketika diwawancara oleh agensi berita AFP.

Malahan Anwar juga secara lantang mengkritik dasar Islam sederhana yang diamalkan oleh Malaysia dengan berkata;''Apa yang anda maksudkan dengan negara Islam sederhana? Adakah ia bermaksud anda boleh ditahan tanpa dibicarakan, menafikan kebebasan asas, anda boleh memberi layanan buruk dan mendiskriminasi penganut agama minoriti?''

Konklusi : Maka memang benarlah seperti apa yang katakan sebelum ini bahawa Anwar Dajjal ini adalah ' talibarut' Yahudi?

SIAPA TAJA RAJA PETRA & PENYIASAT BALA DI LONDON - DATUK SERI ZAHARIN HASHIM

Ahli parlimen PKR yang berpaling tadah Februari lalu dan mengisytiharkan dirinya wakil Bebas mempersoalkan perkara berkenaan dan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) menyiasat bagi menentukan kaitan kedua-dua mereka.

"Saya minta SPRM menyiasat siapa yang membiayai kos penginapan Raja Petra di London. Apa yan...g dilakukan oleh Zaid dengan penjenayah itu di Manchester?” soal Zahrain.

Di asak wartawan, sama ada beliau mendakwa Zaid yang membekalkan dana berkenaan, Zahrain menafikan perkara tersebut tetapi berkata dia mahu SPRM menyiasat perkara itu sehingga akar umbi.

Zahrain juga mendakwa beliau mempunyai salinan email dari Raja Petra kepada anak perempuannya yang menyatakan bahawa beliau menerima RM470,000 daripada Amarjit Singh.

Zahrain berkata, oleh kerana Amarjit adalah peguam bagi kedua-dua Raja Petra dan PKR, wang berkenaan mungkin datang dari bekas partinya itu. "Berdasarkan tempahan hotel, saya tahu ada kaitan antara orang kanan PKR itu dengan Raja Petra. Justeru, saya mahu Mohd Nazri Abdul Aziz dan SPRM menyiasat,” katanya.

Zahrain berkata beliau akan menyerahkan maklumatnya itu kepada Nazri selepas sidang medianya.!!!
http://www.youtube.com/watch?v=rPhTL0qfLgk&feature=player_embedded