Thursday, July 1, 2010

SIAPA TAJA RAJA PETRA & PENYIASAT BALA DI LONDON - DATUK SERI ZAHARIN HASHIM

Ahli parlimen PKR yang berpaling tadah Februari lalu dan mengisytiharkan dirinya wakil Bebas mempersoalkan perkara berkenaan dan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) menyiasat bagi menentukan kaitan kedua-dua mereka.

"Saya minta SPRM menyiasat siapa yang membiayai kos penginapan Raja Petra di London. Apa yan...g dilakukan oleh Zaid dengan penjenayah itu di Manchester?” soal Zahrain.

Di asak wartawan, sama ada beliau mendakwa Zaid yang membekalkan dana berkenaan, Zahrain menafikan perkara tersebut tetapi berkata dia mahu SPRM menyiasat perkara itu sehingga akar umbi.

Zahrain juga mendakwa beliau mempunyai salinan email dari Raja Petra kepada anak perempuannya yang menyatakan bahawa beliau menerima RM470,000 daripada Amarjit Singh.

Zahrain berkata, oleh kerana Amarjit adalah peguam bagi kedua-dua Raja Petra dan PKR, wang berkenaan mungkin datang dari bekas partinya itu. "Berdasarkan tempahan hotel, saya tahu ada kaitan antara orang kanan PKR itu dengan Raja Petra. Justeru, saya mahu Mohd Nazri Abdul Aziz dan SPRM menyiasat,” katanya.

Zahrain berkata beliau akan menyerahkan maklumatnya itu kepada Nazri selepas sidang medianya.!!!
http://www.youtube.com/watch?v=rPhTL0qfLgk&feature=player_embedded

No comments: