Monday, November 29, 2010

SSDE 2 : Parlimen Kuala Selangor – PAS pengkhianat kepada Islam!

Bertempat di Dewan Masyarakat Bintang Gemilang, DUN Bukit Malawati semalam telah berlangsung Ceramah SSDE 2 yang diketuai oleh En.Sivam ( anak jati Kuala Selangor ), Pemidato Pemuda BN dan Ustaz Ahmad Najib ( Bekas YDP PAS Gombak ).

Pembuka ceramah telah disempurnakan oleh YB Datuk Amiruddin Setro. Antara perkara yang dibangkitkan didalam ucapan beliau adalah tentang penyelewengan bayaran ulangtahun Yayasan Selangor yang memakan belanja sebanyak RM300,000.

Difahamkan kontroversi perbelanjaan majlis yang dikatakan menelan kos RM300,000 yang didakwa tidak munasabah itu mula dicetuskan oleh Datuk Amiruddin semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor minggu lalu. Isu tersebut turut menyebabkan Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan membatalkan keberangkatan baginda ke majlis sambutan itu.

Datuk Amiruddin mempertikaikan mengapa bayaran pendahuluan terpaksa dilakukan sebanyak 2 kali dengan jumlah sebanyak hampir RM 290,000? Mengulas kenyataan Datuk Seri Noh Omar sebelum ini, perbelanjaan sebenar mencecah sebanyak RM800,000! Begitu juga dengan kewangan Yayasan Selangor. Terdapat sebanyak lebih kurang RM87 juta baki kewangan Yayasan Selangor yang ditinggalkan oleh kerajaan BN sebelum itu, dipercayai sekarang hanya tinggal separuh sahaja. Kemana kerajaan Selangor telah membelanjakannya!

Beliau juga mempertikaikan tentang kualiti di UNISEL sekarang! Apa yang beliau kuatirkan adalah tentang kualiti Universiti Negeri yang telah ditubuhkan oleh BN sebelum ini. Kualiti tenaga pengajar pun sudah semakin merosot. Ibu bapa sudah semakin gusar untuk menghantar anak-anak mereka menuntut ilmu di universiti tersebut. Kelayakan masuk sudah ketahap minima dan ibubapa terpaksa berfikir 2 kali sebelum menghantar anak mereka belajar disana! Dilihat UNISEL sudah menjadi longgokan ahli-ahli dan kroni-kroni Pakatan Rakyat. Mengapa UNISEL perlu di politikkan!

Kesemuanya ini menjadi persoalan kepada rakyat negeri Selangor untuk mendapatkan penjelasan dari MB Khalid mengapa begitu ketara penyelewengan yang berlaku di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor! Jika sebelum ini MB Khalid mengatakan bahawa kerajaan negeri Selangor sekarang adalah kerajaan yang perihatin dan telus terhadap rakyatnya, mengapa perkara ini boleh berlaku!

Penceramah pertama iaitu Saudara Sivan, Pemidato Pemuda BN membangkitkan pula mengenai isu air percuma sebanyak 20 meter padu. Beliau mempertikaikan mengapa yang air percuma bagi 20 meter padu yang bernilai RM11.40 ini pun dijaja keliling kampung sebagai simbol kerajaan berjiwa rakyat. Memang ia bagus, siapa yang tidak mahu benda percuma. Kerajaan BN yang sudah lebih 50 tahun telah memberi bermacam-macam subsidi kepada rakyat, tetapi tidak pernah mendabik dada!

Beliau berpendapat ada udang disebalik batu mengenai isu air di Selangor ini? Jika kerajaan negeri Selangor mengatakan yang air itu adalah hak rakyat Selangor, mengapa mereka mempertikaikan SYABAS! Bukankah CEO SYABAS adalah anak jati negeri Selangor? Malah 90% daripada pekerja SYABAS yang seramai hampir 3000 orang itu juga adalah rakyat Selangor. Jadi apa sebenarnya yang MB Khalid pertikaikan! Beliau percaya bahawa isu sebenarnya adalah kerajaan negeri berusaha menjadikan air sebagai komoditi politik! Selangor yang kini seperti mengeluh kerana terpaksa membelanjakan lebih RM12 juta sebulan sebagai menunaikan janji pilihan raya membekalkan air percuma, mahu menguasai pula industri air di Lembah Klang.

Apa salahnya, jika kakitangan SYABAS, syarikat konsesi bekalan air bersih Selangor yang merasakan diri mereka mampu, membantu rakyat miskin yang terbeban dengan bil air. Lagi pun bukan semua rakyat Selangor menikmati air percuma itu yang dimulakan sejak 1 Jun 2008. Terdapat ribuan penghuni pangsapuri yang menggunakan meter pukal terpaksa berputih mata dengan imbuhan RM11.40 sebulan itu. Sepatutnya langkah membantu rakyat iaitu golongan sasaran yang benar-benar memerlukan bantuan disokong. Tetapi itulah kerana kepentingan politik yang tidak memihak kepada mereka, usaha membantu rakyat seperti itu dimusuhi. Kerajaan negeri, dengan segala alasan mengelirukan bukan sahaja memusuhi syarikat konsesi tetapi juga Kerajaan Persekutuan. Kroni, rasuah dan salah guna kuasa yang disimpulkan sebagai merampas hak rakyat dijadikan alasan untuk menghalalkan usaha menguasai industri air Selangor.

Satu lagi isu yang dibangkitkan oleh Sdr. Sivan adalah tentang kurangya pelaburan terus masuk FDI ke negeri Selangor. Banyak kilang-kilang yang berada dikawasan perindustrian Shah Alam terpaksa di tutup! Banyak kilang-kilang kosong yang hendak dijual. Tambah beliau, mengikut lapuran MIDA pada tahun lalu, Selangor sudah ketinggalan dibelakang Johor dari segi menarik pelabur-pelabur baru untuk datang melabur. Dan berkemungkinan negeri Melaka juga bakal mendahului Selangor dalam masa terdekat! Beliau mempersoalkan apa sebenarnya kerja-kerja yang sudah dilakukan oleh Exco yang bertanggungjawap untuk memenangani perkara tersebut?

Selepas itu tiba pula giliran Ustaz Ahmad Najib, iaitu bekas YDP PAS kawasan Gombak untuk memberikan ceramah terakhir. Beliau menceritakan bahawa sejak lahir sehingga lah ke tahun 1990, beliau adalah pengikut setia parti PAS. Diatas persaudaraan Islam pada tahun 1990, beliau mengambil keputusan untuk keluar dari PAS setelah PAS mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan DAP yang bagi pendapat beliau adalah musuh utama Islam di negara ini. PAS ketika itu menolak salam persaudaraan yang dihulurkan oleh saudara seIslamnya iaitu UMNO.

Menurut beliau ketika PAS mula bekerjasama dengan DAP, wujud pertentangan ideologi di antara DAP dan PAS yang menggugat kerjasama antara parti pembangkang. Malah ianya sukar disembunyikan lagi apabila DAP mengakui parti itu menghadapi konflik kepentingan dengan PAS. Konflik kepentingan yang wujud antara DAP dengan PAS timbul disebabkan manifesto bersama yang dilancarkan oleh barisan pembangkang telah tidak menyebut mengenai penubuhan sebuah negara Islam. Menurut DAP, PAS boleh berbuat apa sahaja yang mereka suka termasuk memperjuangkan sebuah negara Islam tetapi tidak harus mengaitkan perjuangan parti itu dengan Pakatan Rakyat. Malah DAP melalui Karpal Singh pernah menyanggah PAS supaya langkah mayatnya dahulu, jika mahu menegakkan negara Islam!

Jelas dalam pakatan pembangkang ini DAP terus angkuh manakala PAS lebih rela menjadi tikus mondok yang hanya mengiyakan sahaja apa jua tindakan walaupun ia bersifat membelakangkan Islam. DAP berlagak seperti "big brother" cuba menekan PAS dan begitu biadap mempersoalkan displin pemimpin PAS. Di manakah maruah sebenar PAS dalam situasi ini.

Hakikatnya DAP tetap tidak akan menerima apa jua rancangan yang menuju ke arah Kerajaan Islam. Kalau DAP dan pihak pembangkang lain tidak menyokong matlamat negara Islam bagaimana boleh PAS bersekongkol dengan mereka yang akan menentang habis-habisan matlamat utama kewujudan PAS ini? PAS telah berjanji untuk menubuhkan Negara Islam dan ini amat dinanti-nantikan oleh para pengikutnya. Tetapi apa yang sudah berlaku sekarang!

Ustaz Najib menegaskan yang PAS sekarang cakap tak serupa bikin! Mereka menyalahgunakan ugama demi kepentingan politik mereka. Mereka sanggup bersekongkol dengan DAP semata-mata hendakkan kuasa untuk memerintah! Untuk mendapat sebuah “ kerusi”, mereka sanggup mengorbankan cita-cita PAS yang sebenar untuk menegakkan negara Islam!

Dulu mereka kata UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC! Tetapi sekarang apa yang sudah berlaku? Mereka telan apa yang mereka sudah katakan kepada UMNO. Ibarat mengata orang, tetapi mereka sebenar yang lebih. Oleh kerana perjuangan asobiah itu tidak diakui oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW dan ianya bertentangan dengan Islam, maka dalam menghadapi Pilihanraya Umum 1982 PAS telah menggunakan asobiah itu untuk menuduh UMNO.

Tuduhan itu dibuat berdasarkan pentafsiran yang direka oleh PAS bahawa semangat kebangsaan melayu (Nasionalisma Melayu) itu diertikan sebagai asobiah, sedangkan menurut pengertian yang sebenarnya ialah semangat cintakan bangsa dan tanahair, yang mana dalam bahasa Arab disebut "Wathoniah" dan bukan "Asobiah".

Rasullulah SAW sendiri cintakan bangsa dan tanahair dan menyeru umat Islam mencintainya sebagaimana hadis yang bermaksud :- "Cintakan watan itu adalah sebahagian dari Iman".

Walaubagaimanpun isu ini tidak lama di perkatakan kerana pemimpin pemimpin PAS telah menyedari kalau pada satu ketika mereka dengan begitu lantang menuduh ahli ahli UMNO kafir disebabkan bekerjasama dengan MCA dan MIC (Parti Bukan Islam) tidak logiknya UMNO dituduh Asobiah, sedangkan asobiah itu adalah suatu sikap ta'asub yang semata mata mementingkan bangsanya sahaja, tanpa bersedia untuk bekerjasama dengan bangsa bangsa lain.

Kalau tuduhan itu diteruskan secara berpanjangan, mungkin umat Islam akan menyedari bahawa sebenarnya bukan UMNO parti assabiyah tetapi PAS, tegas Ustaz Najib.

Dalam pada itu Ustaz Najib menyeru kepada para hadirin yang hadir untuk terus berjuang menentang segala kemungkaran yang telah dilakukan oleh PAS dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat. Banyak penyelewengan yang sudah dilakukan oleh PAS sebagai Parti Islam. Beliau mengatakan bahawa PAS lah sebenarnya pengkhianat kepada Islam di negara ini. PAS menolah persaudaraan sesama Islam, malah beliau berpendapat adalah tidak wajar PAS bersama-sama dengan orang-orang yang menentang Islam, kerana ianya melibatkan aqidah.

Sebelum mengakhiri ceramah, beliau sempat menurunkan satu surah untuk direnungi bersama apabila bercakap mengenai keadilan. Surah tersebut adalah :

Surah 004: An-Nisaa’, Ayat 135.

Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.

RENUNG SEJENAK UNDANG-UNDANG TUBUH PAS

Dalam undang-undang tubuh PAS Bab Pertama (Fasal 2, Ceraian 2) telah menerangkan secara jelas perkara tersebut iaitu: "Memperjuangkan cita-cita lslam dalam masyarakat dan urusan pemerintahan negara". Sementara dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 1993) Bab Ketiga (Fasal 5, Ceraian 1) telah menyebutkan: "Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah".

Bahawasanya PAS, DAP dan PKR tidak pernah bersatu kerana sudah hakikat mereka ini tidak pernah bernaung dibawah satu ideologi. DAP Lawan Islam manakala PAS memperjuangkan Islam konon-kononnya. Apa akan jadi agaknya kalau ketiga-tiga parti perosak ini menjadi pemerintah kita? Satu sahaja jawapannya iaitu LINGKUPLAH SEMUA.

Sedarlah rakyat umat Islam-Melayu Malaysia, bahawasanya PAS bukan pejuang Islam sejati. Mereka hanya mengunakan Islam sebagai alat mendapatkan kuasa iaitu berselindung disebalik parti politik. Jika ianya bukan sebuah parti politik nescaya ia ibarat sama sahaja dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang wujud di Malaysia.

Kumpulan mereka meletakkan syurga dibawah tapak kaki ketua-ketua mereka seolah-olah syurga mereka yang punya diakhirat kelak.Tiada siapa diantara golongan mereka berani menegur perbuatan yang menyalahi ajaran Islam sepertimana ketua ajaran-ajaran sesat yang ada. Ini memberikan satu kuasa sampingan kepada ketua-ketua mereka untuk melakukan apa sahaja untuk mendapat keuntungan politik. Al-Quran, Hadith, hukum-hakam, hal ehwan Islam menjadi mainan politik serta pertaruhan oleh ketua-ketua serta pengikut dan penyokong PAS untuk mengekalkan kuasa.

Demi DAP dan PKR, PAS dibawah pemimpin yang ada kini akan mengorbankan PRINSIP dan Undang-Undang Tubuh parti PAS sendiri. Ahli PAS dan penyokong PAS yang mahukan Islam ala-PAS, sedarlah bahawa tiada lagi perjuangan dan syariat Islam di dalam PAS. Perjuangan Hudud bukan lagi "make-up" buat PAS.Kepada penyokong PAS yang sangat mentah untuk menilai semua ini kerana berpandukan emosi dan terpengaruh dengan lidah bercabang pemimpin PAS. TOLAK PAS, sebuah parti yang bertopengkan Islam yang sanggup merosakan agama Islam hanya untuk mendapat tempat di dalam Pakatan Rakyat. Janganlah tersesat dan mengadaikan AQIDAH demi kepercayaan tok-tok guru PAS yang berkepentingan. Wallahuallam.

Terima kasih diucapkan kepada para hadirin yang hadir. Begitu juga kepada para penceramah-penceramah yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan siri ceramah SSDE 2 ini. InsyaAllah untuk pusingan seterusnya akan berlangsung di DUN Jeram pula.

Wednesday, November 24, 2010

Belum masanya pilihan raya umum

KEMAMAN 23 Nov. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat, belum tiba masanya bagi kerajaan Barisan Nasional (BN) mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata, dalam hal ini kerajaan tidak perlu tergesa-gesa sebaliknya perlu mengambil masa untuk terus mempersiapkan diri.

Menurutnya, berasaskan perkembangan semasa termasuk merujuk kepada kejayaan BN dalam dua pilihan raya kecil di Parlimen Batu Sapi dan Dewan Undangan Negeri Galas tidak boleh dijadikan kayu pengukur bagi kerajaan membuat keputusan itu.

Beliau memberitahu, kerajaan masih mempunyai banyak masa bagi membolehkan strategi diatur selain memberi peluang untuk mengukuhkan sokongan rakyat agar lebih ramai kembali menyertai BN.

"Kemenangan kita (BN) di sesuatu tempat tak boleh kita jadikan ukuran (sokongan). Faktor kemenangan BN di kawasan itu adakah sama dengan kawasan lain?

''Jadi saya fikir kepimpinan tahu tentang soal ini, mereka perlu buat kajian dan penentuan tarikh (pilihan raya umum)," katanya kepada pemberita selepas melawat Eastern Pasific Industrial Corporation (Epic) Berhad di Kemaman Supply Base di Teluk Kalong, di sini hari ini.

Mengulas desas-desus bahawa PRU-13 akan dilangsungkan serentak dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak awal tahun depan, Dr. Mahathir berpendapat, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakannya.

Ini kerana jelasnya, kerajaan BN masih mempunyai banyak masa bagi membolehkan parti komponen mendapat sebanyak mungkin sokongan sebagai persediaan menghadapi PRU-13 nanti.

"Ada banyak masa lagi untuk parti-parti politik berusaha mendapat sokongan termasuk UMNO dan BN.

''Kalau saya jadi Perdana Menteri, saya tunggu dulu dan Sarawak tak ada pilihan, di sini (Semenanjung) ada pilihan,'' ujarnya.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai desakan ahli-ahli Parlimen BN supaya kerajaan menegah Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara agar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak terus menghina Malaysia di luar negara, Dr. Mahathir berkata, ia tidak perlu.

"Tak perlulah kita halang dia (Anwar) ke luar negara. Saya tak fikir kita perlu takut pada dia. Kalau kita buat macam itu (halang) orang lagi marahkan kita dan bencikan kerajaan," ujarnya.

Menurut Dr. Mahathir, PKR perlu dibubarkan dan pengikut parti itu sewajarnya kembali menyertai UMNO berikutan kekalutan yang berlaku dalam parti itu.

Kata beliau, sudah tiba masa bagi semua pengikut parti berkenaan 'bertaubat' dan kembali ke pangkal jalan dengan menyertai UMNO yang merupakan sebuah parti besar Melayu.

Beliau memberitahu, dengan pembubaran PKR, orang Melayu serta umat Islam akan kembali bersatu teguh dalam sebuah parti untuk mendokong perjuangan sebenar, sekali gus menjadi penebus maruah bangsa.

Pilihan raya berasingan bazirkan wang rakyat

PUTRAJAYA 23 Nov. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan kerajaan negeri pakatan pembangkang supaya menghentikan cakap-cakap mahu mengadakan pilihan raya negeri yang berasingan dengan pilihan raya umum kerana ia hanya mengakibatkan pembaziran besar dari segi tenaga dan wang rakyat.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, bajet untuk mengadakan pilihan raya-pilihan raya berkenaan perlu ditanggung sendiri oleh kerajaan negeri terbabit kerana sebarang peruntukan terletak di bawah Perbendaharaan Pusat.

Lebih daripada itu, kata beliau, meskipun Menteri Besar atau Ketua Menteri berhak mengisytiharkan pembubaran Dewan Undangan Negeri namun kuasa mutlak dan pemutus akhirnya terletak di tangan Sultan dan Yang Dipertua Negeri.

“Sebab itu kita lihat kerajaan negeri (Pas) Kelantan selama 20 tahun memerintah tidak pernah terfikir pun hendak mengadakan pilihan raya negeri berasingan dengan tarikh yang diumumkan Kerajaan Pusat.

“Jika semata-mata keputusan ini dibuat atas kepentingan politik, ia hanya mengakibatkan pembaziran wang rakyat. Ini termasuk penglibatan jentera-jentera keselamatan dan tambahan lagi masyarakat akan berada dalam keadaan tegang sentiasa sebab tidak habis- habis berkempen dan berpolitik.

“Jangan ingat pula peruntukan hendak adakan pilihan raya negeri ini boleh dapat secara automatik, kalau Perbendaharaan tidak luluskan, bagaimana?” kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.

Ketika spekulasi kemungkinan PRU ke-13 akan diadakan tahun depan, pelbagai pihak dalam pakatan pembangkang pula membuat andaian negeri-negeri mereka tidak semestinya bersama dalam PRU berkenaan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberitahu, pakatan pembangkang itu akan berbincang terlebih dahulu sesama mereka iaitu dengan PKR, DAP dan Pas sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Ini kerana, menurut Guan Eng, pihak yang menguasai empat negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan berhak membuat keputusan sebaliknya iaitu pilihan raya berasingan dengan tarikh yang diumumkan oleh Kerajaan Pusat.

Guan Eng ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang baru-baru ini memberitahu, ketiga-tiga parti dalam pakatan itu akan mengadakan konvensyen mereka sendiri sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya atau tidak.

Pendapat beliau disokong oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli.

Lagi pendedahan masalah pemilihan PKR oleh calon

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Tembelang pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin terdedah dengan penyebaran surat bertajuk Laporan rasmi masalah pemilihan PKR oleh calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin melalui laman blog propembangkang bermula petang semalam.

Dalam laporan lima muka surat yang ditujukan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Badrul Hisham menyenaraikan 10 kepincangan yang didakwa telah mengganggu ketelusan pemilihan parti.

Antara perkara serius yang dibangkitkan adalah dakwaan berlakunya campur tangan langsung Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menentukan calon yang perlu dipilih.

Dakwa Badrul Hisham, Ketua AMK Kota Marudu, Dr. Jurin Gunsalam membuat laporan kepadanya bahawa Ketua Cabang itu telah diarah Anwar supaya memberi sokongan kepada calon tertentu.

"Jurin melaporkan Ketua Cabang Kota Marudu telah dihubungi oleh Anwar sendiri dengan 'mengarahkan' sokongan kepada calon tertentu dan mengarahkannya menolak calon tertentu.

"Di cabang tersebut juga proses pengundian telah mengambil sukarelawan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) daripada ahli jawatankuasa (AJK) cabang yang jelas memihak dan 'mengarahkan' undi ketika proses berlangsung," katanya dalam surat bertarikh 18 November lalu.

Petang semalam, portal berita propembangkang, Malaysiakini menyiarkan kenyataan Badrul Hisham yang mengesahkan surat berkenaan ditulis olehnya.

Dalam surat tersebut, Badrul Hisham mendakwa wujudnya kegiatan menukar pencalonan yang dibuat oleh cabang dengan memberikan contoh Cabang Tampin yang mencalonkan beliau sebagai Ketua AMK dan Chang Lih Kang sebagai timbalan.

Bagaimanapun katanya, pangkalan data parti menunjukkan nama yang dicalonkan cabang itu ialah regu Shamsul Iskandar Md. Akin dan Khairul Anuar Ahmad Zainudin.

"Jika nama boleh ditukar bagaimana pula dengan nombor jumlah undi. Surat yang dihantar sebulan lebih tidak berjawab dan tindakan tidak diambil.

"Orang yang dikenal bersalah, bebas masuk dan keluar ibu pejabat dan menikmati bayaran gaji tanpa tekanan," dakwanya.

Selain itu, Badrul Hisham turut mendakwa berlaku kejadian kehadiran pengundi jauh lebih kecil daripada bilangan kertas undi seperti di Cabang Kubang Pasu yang melaporkan kehadiran sekitar 70 orang namun kertas undi yang telah dipangkah pula hampir 200.

Dakwanya, perkara itu diperakui oleh JPP yang memanggil wakil calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim untuk berbincang bagi mencari penyelesaian dengan kaedah membahagikan sama rata jumlah undi.

Justeru, Badrul Hisham mendesak penyiasatan terbuka diadakan segera bagi menangani kepincangan yang berlaku.

Tegasnya, beliau juga akan sentiasa berpegang teguh pada disiplin parti dengan menggunakan seluruh saluran dalaman tetapi nampaknya 'semakin di asak ke dinding'.

"Saya selaku anggota Parti Keadilan Rakyat mohon keadilan," katanya mengakhiri surat rasmi tersebut.

Friday, November 19, 2010

ZAID IBRAHIM keluar PKR 16 DEC..

PETALING JAYA 19 Nov. - Datuk Zaid Ibrahim hari ini telah menghantar surat kepada Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menyatakan hasratnya untuk keluar parti pada 16 Disember ini.

Pada sidang akhbar di rumahnya di sini pagi ini, beliau turut berterus terang untuk berusaha menubuhkan parti baru secepat mungkin.

Beliau turut menyatakan akan tetap bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 walaupun jika terpaksa bertanding atas tiket Bebas. - Utusan

Wednesday, November 10, 2010

Pertandingan Bola Jaring anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Selangor

Salam...
Dijemput beramai-ramai memeriahkan Pertandingan Bola Jaring anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Selangor pada 14/11/2010 (AHAD) bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram, Kuala Selangor.. Selain pertandingan bola jaring, akan berlangsung juga Pertandingan Bola Sepak anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Selangor dipadang dan waktu yang sama... Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh YB Dato' Amiruddin Bin Setro, Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor merangkap ADUN Kawasan Jeram.

Sekian.. Terima Kasih..

Zaid desak Anwar, Azmin berundur

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

PETALING JAYA 9 Nov. - Segala permasalahan yang timbul dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk kekalutan pada pemilihan parti yang menyaksikan pelbagai aktiviti penyelewengan serta penipuan berleluasa, adalah manifestasi kelemahan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Zaid Ibrahim berkata, kelemahan Anwar terbukti apabila beliau hanya pandai menyalahkan Barisan Nasional (BN) apabila misi 16 September gagal, ahli Parlimen keluar parti selain kehilangan pentadbiran negeri Perak, sedangkan semua perkara berlaku berpunca daripadanya.

Selain itu, beliau mendakwa kelemahan Anwar juga semakin terserlah apabila hanya 6,000 ahli parti keluar mengundi dalam pemilihan PKR dan pada masa yang sama parti itu kini dilihat semakin tidak bermaya untuk menjadi sebuah parti pembangkang yang kuat.

Sehubungan itu, beliau yang baru mengumumkan penarikan diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden mendesak supaya Anwar bersama 'anak emasnya', Azmin Ali berundur daripada PKR kerana kedua-duanya disifatkan sebagai punca kepada segala masalah.

"Masalah yang kita hadapi sekarang adalah manifestasi kepada kelemahan Anwar sendiri, justeru itu jika PKR mahu menjadi lebih baik, kita perlu kepimpinan baru yang mampu memberi kekuatan, nafas serta fokus yang baru bagi mengatasi kelemahan-kelemahan parti.

"Anwar dan Azmin mesti berundur daripada parti kerana mereka adalah punca kepada segala masalah, kita perlu terima hakikat ini dan sekarang bukan masa untuk berdolak-dalik," katanya pada sidang akhbar di kediamannya di Tropicana Golf & Country Resort di sini hari ini.

Sidang akhbar yang diadakan bagi menjelaskan keputusan beliau menarik diri daripada bertanding timbalan presiden itu turut dihadiri bekas pesaingnya, Mustaffa Kamil Ayub; calon Naib Presiden, N. Gobalakrishnan serta puluhan penyokong setianya.

Semalam, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan menarik diri kerana kecewa dengan sikap pucuk pimpinan yang secara aktif membenarkan penyelewengan dan penipuan undi, selain turut melepaskan semua jawatannya dalam PKR.

Zaid berkata, sudah tiba masanya parti itu memerlukan pendekatan yang radikal kerana Anwar dan Azmin terlalu 'bermimpi' sehingga menyebabkan parti itu hilang fokus dan kelihatan tidak bermaya untuk terus memperjuangkan prinsip keadilan seperti yang dilaungkan.

"Semua ini mendedahkan bahawa kita sebenarnya lemah dan saya mahu ubah keadaan ini. Saya fikir PKR sebenarnya boleh dan berkemampuan untuk menjadi lebih baik tetapi bukannya dengan pendekatan hanya pandai menyalah orang lain.

"Kita tidak boleh ada pemimpin lemah... 16 September kita salahkan BN, terlepas Kerajaan Negeri Perak kita salahkan BN, ahli Parlimen meninggalkan parti kita salahkan BN. Sudah tiba masanya kita akui kita ini sebenarnya yang lemah," jelasnya.

Dalam pada itu, Zaid mahu pencalonan Azmin dibatalkan kerana dakwanya terdapat banyak bukti bahawa 'anak emas' Anwar itu menyalah guna sistem pemilihan selain bertanggungjawab atas segala penyelewengan dan penipuan undi di sepanjang pemilihan berlangsung.

Sambil menyelar sikap berpura-pura Anwar, beliau berkata, adalah mustahil bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak mengetahui tentang penyelewengan dan penipuan yang berlaku kerana seluruh ahli akar umbi bercakap mengenai perkara tersebut.

"Kalau dalam tempoh dua bulan ini Anwar kata dia tidak tahu tentang penyelewengan dan penipuan, saya fikir dia sudah hilang sentuhan dengan parti," katanya.

'Sudah sampai masa akui kita ini lemah'

DATUK Zaid Ibrahim mengadakan sidang akhbar di rumahnya semalam bagi menjelaskan mengenai tindakannya menarik diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan jawatannya dalam parti. Berikut adalah sedutan sidang akhbar itu:

ZAID: Soal pemilihan kita telah timbulkan, bukan baru. Jadi, tak betul Anwar kata saya timbulkan sebab kalah di Sabah. Saya timbulkan ini sebelum saya nak bertanding.

Saya telah tulis surat dan minta penjelasan tertentu. Kita memerlukan pemilihan yang bersih kerana bukan hanya saya sahaja bertanding, ratusan calon yang bertanding.

Ini bukan agenda peribadi, jadi saya timbulkan ini sebelum buat keputusan. Kemudian timbulkan lagi semasa hari pertama pemilihan, pada masa itu saya mendahului.

Saya cakap jangan salah guna sistem, jangan buat penipuan. Tentang bukti, kalau dia tidak dapat bukti itu dalam tempoh dua bulan ini.

Semua orang tahu, dia sudah hilang sentuhan dengan parti, jadi saya rasa, kita telah banyak kemukakan bukti ini.

Undi lebih daripada ahli yang hadir. Orang tak hadir pun tandatangan dia ada. Ada kenyataan, yang datang mengundi bukan ahli tapi guna kad orang lain. Ada video orang tawarkan duit di Alor Gajah.

Saya mahu katakan begini, masalah yang kita hadapi sekarang dalam pemilihan PKR adalah manifestasi kelemahan Anwar itu sendiri.

Kita perlu terima hakikat dan ini bukan masa untuk nafi dan berdolak-dalik.

Jika anda nak membetulkan negara ini kita mesti jujur. Saya minta maaf, masalah ini saya terpaksa dedahkan kepada masyarakat.

Semua ini mendedahkan kita lemah, hakikatnya ialah cuma 6,000 ahli sahaja yang keluar mengundi, kita gagal. Saya mahu ubah kerana saya fikir PKR mampu bertindak lebih baik.

Kita tidak boleh ada pemimpin yang lemah yang hanya sentiasa menyalahkan pihak lain. 16 September, kita salahkan BN (Barisan Nasional)... hilang negeri Perak, kita salahkan BN... MP (ahli Parlimen) tinggalkan parti, kita salahkan BN.

Sudah sampai masa kita akui yang kita ini lemah, kerana kita membawa beban yang besar iaitu kepercayaan rakyat. Untuk PKR menjadi lebih baik, perlu ada kepimpinan baru, itu tidak semestinya saya. Ia akan memberi kekuatan baru, fokus baru. Sekurang-kurangnya siapa yang sanggup terima kelemahan ini dan mengatasinya.

Bukan kita tidak hargai sumbangan Anwar, kita hargai semua, tapi masa sudah berubah dan masalah sekarang juga berbeza.

Saya cadang jika PKR mahu terus maju, Anwar dan Azmin (Ali) mesti keluar kerana mereka adalah punca kepada segala masalah.

Saya mungkin tidak mendapat sokongan. Mungkin juga saya akan mendapat sokongan dan mungkin juga akan ada dakwaan saya buat semua ini untuk kepentingan diri sendiri.

Tapi kita tengoklah. Tetapi saya juga telah ke bawah dan ingin melihat kejayaan parti pembangkang yang kuat, nak tengok pakatan pembangkang yang kuat dan kerajaan akan jadi lebih bertanggungjawab.

Itu polisi saya, saya tak buat ini untuk menunjuk. Ada orang kata, jika saya tak dapat jawatan ini saya tarik diri. Bukan, saya ada visi untuk politik negara ini menjadi lebih baik.

Saya lakukan ini semua dengan nilai kebertanggungjawaban dan kejujuran. Saya tidak kritik parti kerana tidak dapat apa yang dikejar. PKR perlukan penyelesaian radikal bagi mengatasi segala masalah yang timbul hari ini. Harap apa yang saya katakan ini dapat difahami.

SOALAN: Kalau parti tangguhkan pemilihan, nak berpatah balik?

ZAID: Tidak. Masalah parti lebih dalam daripada semua itu. Jadi, Azmin patut disingkirkan. Anda tidak boleh, kerana kantoi di cabang ini, buat pemilihan sekali lagi. Kantoi di Kubang Pasu, buat lagi. Kantoi di Libaran, buat pemilihan semula.

Saya tidak nampak pendekatan itu berkesan. Sesiapa yang menyalahgunakan sistem mesti disingkirkan.

Adakah Anwar sudah tidak relevan dengan PKR dan politik tanah air?

ZAID: Saya fikir Anwar terlalu banyak isu peribadi. Selesaikanlah isu peribadi dulu. Azmin banyak masalah juga, jadi kedua-duanya perlu berundur dan biarkan PKR dipimpin dengan cara yang berbeza.

Sedia untuk berjumpa dengan Anwar?

ZAID: Boleh. Tapi saya akan cakap benda yang sama seperti yang saya kata hari ini.

Masalah bukti yang Anwar minta, boleh tunjukkan kepada media?

ZAID: Saya tunjuk dekat media, buat apa? Saya tunjuk dekat Bersih lah. Saya yakin Anwar tahu semuanya. Tak perlu tunjuk bukti, ahli pun tahu, semua orang tahu, calon pun tahu. Apa nak buktikan? Tapi kalau nak buktikan, saya akan buktikan kepada pihak yang bebas. Nak buktikan dekat dia buat apa?

Selain video, apa bukti lain yang Datuk ada?

ZAID: Laporan-laporan yang kita terima itulah bukti. Kita bukan polis nak pergi siasat, cuma yang kita ada laporan daripada ahli. Serah kepada mereka. Kalau tak mencukupi terserahlah kepada ahli. Tapi yang tak puas hati bukan saya seorang, semua calon. Yang puas hati cuma Azmin seorang sahaja.

Takkan kita semua reka bukti-bukti. Anwar perlu terimalah banyak masalah dalam parti. Beliau kena berdepan dengan masalah itu.

Kalau Azmin disingkirkan, apa tindakan Datuk?

ZAID: Kita bergantung kepada ahli. Tindakan saya macam ini, kita perlu melakukan pembersihan dalam parti. Kita perlu orang yang baik dalam parti. Kita perlukan dasar yang kukuh.

Sejauh mana kesetiaan Datuk pada parti?

ZAID: Kesetiaan saya pada parti sentiasa ada, tidak tergugat. Cuma, ada beberapa pemimpin lemah, itu yang tidak suka pada saya. Itu sahaja.

Datuk menyesal masuk PKR dengan segala penyelewengan, duit pun sudah habis banyak?

ZAID: Tidak. Kalau saya tak masuk, mana saya tahu semua ini?

Anwar kempen untuk Azmin, macam mana?

ZAID: Itulah salah satu puncanya masalah ini. Apabila Ketua Umum sudah memihak... kempen, beritahu ketua cabang... rosaklah. Tetapi Azmin dan Anwar ini baik, terpaksalah kempen.

Ada kemungkinan Datuk akan bersama dengan Mustaffa selepas ini?

ZAID: Tidak tahu apa tindakan beliau selepas ini. Dia pun berlapik tadi.

P.S Janapala (bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR) dakwa secara terbuka Anwar bertanggungjawab atas segala penyelewengan?

ZAID: Saya tidak tahulah siapa di sebalik penipuan tetapi saya tahu ada penipuan. Mungkin Janapala ada bukti, tapi peliklah orang datang 50 orang undi 150 undi.

Datuk percaya Anwar terlibat?

ZAID: Saya tidak tahu. Saya peguam, saya perlu lihat pada bukti.

Ada kemungkinan calon lain akan mengikut jejak Datuk?

ZAID: Saya rasa begini. Mereka juga kecewa, semua calon yang bukan 'line up' Azmin kecewa. Tetapi apa yang mereka akan lakukan, saya tidak mahu buat spekulasi.

Notis rasmi?

ZAID: Tak apa, saya akan hantar surat kalau itu mereka mahu.

Isu di Libaran dan Sandakan?

ZAID: Benda-benda ajaib berlaku. Tong pengiraan undi berpindah randah, banyak yang
tidak betul.

Sumber : utusan on9.

Monday, November 8, 2010

PM Bangga BN Menang Besar – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 7 Nov. – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak amat gembira dan bangga dengan kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berjaya mempertahankan Parlimen Batu Sapi dengan majoriti besar dan merampas Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dari tangan Pas.

Katanya, Perdana Menteri mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus dan melaksanakan tugas dengan mantap dalam usaha untuk memberikan kemenangan besar dan berganda kepada BN.

“Datuk Seri Najib sangat gembira dengan perkembangan terkini khususnya apabila calon BN dikedua-dua tempat bukan hanya beroleh kejayaan tetapi juga mendapat majoriti yang sangat memberangsangkan,” katanya kepada umno-online selepas mengunjungi Perdana Menteri di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang tadi.

Najib dimasukkan ke HKL sejak Khamis untuk pemeriksaan lanjut selepas beliau mengalami rasa tidak selesa dalam perut.

“Beliau semakin beransur sembuh dan tidak sabar untuk kembali melaksanakan tugas dan meneruskan khidmat bakti kepada rakyat selaku ketua negara dan juga Presiden BN,” katanya.

Maklumnya lagi, Najib juga amat menghargai usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak dalam memastikan BN terus teguh dan beliau juga berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kesihatannya.

“Perdana Menteri sangat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh rakyat bukan hanya kepada usaha untuk memastikan BN tetap utuh sebagai sebuah kerajaan tetapi juga maklumbalas terhadap kepimpinan beliau sebagai peneraju negara ini dengan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN memberitahu bahawa kegembiraan mendapat kejayaan dalam PRK ini telah menambahkan keyakinan Perdana Menteri dalam menerajui sebuah negara yang hidup dengan satu kesatuan dalam kepelbagaian.

“Dengan kejayaan besar dalam PRK ini telah menjadi bukti bahawa tidak ada perkara yang mustahil sekiranya tekad dan usaha gigih dilakukan. Ini ditambah lagi dengan perpaduan bersama melaksanakan amanah atas satu parti iaitu BN yang melambangkan kerjasama pelbagai kaum.

“Datuk Seri Najib juga berharap agar semangat dan perpaduan rakyat akan berterusan dan pelbagai kejayaan lain akan menyusul selepas ini”, katanya. -MediaUMNO

PKR SEBENARNYA MENANG DI BATU SAPI !!

"Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa optimis terhadap peluang Pakatan Rakyat memenangi kerusi Batu Sapi pada pilihan raya kecil 4 November berdasarkan kepada respons yang baik dari pengundi serta kejayaan menembusi beberapa kawasan yang dahulunya kubu kuat UMNO."
(Sumber Blog A...nwar Ibrahim 31 Oktober 2010)

Keputusan rasmi PRK Batu Sapi

BN - 9773 Undi
PKR - 3414 Undi
Majoriti - 6,359 Undi

Saya sebenarnya terbaca artikel Anwar Ibrahim ini semasa saya search di Google mengenai Batu api. Apabila kita menang di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi, ramai yang mengingatkan pada BN agar tidak bongkak dan sombong dengan kemenangan BN ini.

Saya juga sependapat dengan kenyataan orang ramai. Kita mesti jadikan kemenangan ini sebagai semangat baru untuk berjuang dengan lebih gigih. Jangan jadi seperti Anwar Ibrahim.

Dia memang bongkak. Masa kempen memang betul2 optimis menang. Bila sudah kalah, menganga jelah. Lepas tu, dikata pula BN sogok wang, rasuah rakyat dan macam2 lah.

Anwar, dengarlah cakap Dr. Asri. Berundurlah.

Rumah sudah siap, tapi pahat masih berbunyi : Pok Nik tidak dapat terima kekalahan, ragui kemenangan BN!

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas semalam yang menyaksikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN).Beliau meragui keputusan ter...sebut menunjukkan kehendak sebenar pengundi di DUN Galas kerana mendakwa ada unsur ugutan dan sogokan terhadap pengundi.

Menurutnya, BN menanggung dosa jika rakyat memilih parti itu kerana tekanan dan bukan membuat pilihan secara bebas."Kita kecewa. Kalau rakyat terima sungguh (BN) sebagaimana kehendak dia tolak Pas itu tidak mengapa.

Tapi kalau tolak Pas ambil BN kerana perkara 'tertentu', kerana ugutan, kerana sogokan, kerana apa-apa, maka dosa dia (BN) tanggung sampai ke akhirat."Ini kerana dia tidak beri peluang kepada rakyat memilih. Kita sebut pilihan raya, tahu-tahunya jadi 'tekanan raya', itu berdosa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah pagi Jumaat di pekarangan Pejabat Perhubungan Pas negeri di sini, hari ini. Nik Abdul Aziz berkata, beliau hairan bagaimana pada malam sebelum hari pembuangan undi, seorang menteri Kabinet boleh mengeluarkan kenyataan bahawa BN akan menang besar.

"Saya ragu kerana keesokan hari nak mengundi, malam itu saya tengok siaran di televisyen, seorang menteri mengatakan bahawa BN akan menang banyak. "Mana dia tahu BN akan menang banyak sedangkan esok baru nak mengundi, makna ada benda dia (BN) buat," katanya.

Beliau memberi amaran, 'dosa' yang akan ditanggung BN kerana setiap kegiatan manusia termasuk urusan politik tidak akan terlepas daripada agama dan undang-undang Allah.Pilihan raya kecil semalam menyaksikan BN menang dengan majoriti 1,190 undi apabila calonnya Abdul Aziz Yusoff memperoleh 5,324 undi berbanding calon Pas, Dr. Zulkifli Mohamed dengan hanya 4,134 undi.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Pas menang dengan majoriti kecil 646 undi dengan Allahyarham Chek Hashim Sulaima (Pas) mendapat 4,399 undi dan Saufi Deraman (BN) 3,743 undi.

Dalam pilihan raya kecil ini, Pas yang dilihat ghairah berkempen kepada kaum Tionghua kehilangan sebahagian besar sokongan kaum itu contohnya di Kampung Baru yang merupakan kawasan majoriti kaum Tionghua apabila kalah dengan 41 undi berbanding kemenangan lebih 200 undi di situ pada 2008.

Kalau PAS menang, tiada pula keraguan!!!

Wednesday, November 3, 2010

WARISAN by SUDIRMAN

Perarakan Parti yang menang tidak dibenarkan -Polis

GUA MUSANG 3 Nov. - Polis tidak membenarkan sebarang perarakan parti yang menang sama ada Barisan Nasional (BN) dan Pas selepas keputusan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada malam esok.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, polis juga tidak membenarkan mana-mana penyokong parti membawa bendera besar dengan dilekatkan pada kenderaan kerana ia menyalahi peraturan 18 Kaedah Akta Pengangkutan Jalan yang boleh dikenakan tindakan saman.

"Secara umumnya proses kempen pilihan raya DUN Galas berjalan secara aman, kami hanya mengeluarkan 57 permit ceramah sahaja,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. - Bernama

UMNO serah kepada pemuda Orang Asli buat laporan SPRM

KUALA LUMPUR 3 Nov. - UMNO tidak akan masuk campur sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada mereka yang menerima wang daripada Menteri Besar Kelantan ketika program kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas untuk melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan wang sumbangan secara terbuka kepada pemuda Orang Asli pada majlis mesra rakyat di Pos Sandrop, Gua Musang semalam bercanggah dengan apa yang dilakukan Pas sebelum ini.

"Biarlah dilaporkan oleh penerima itu sendiri, kita tidak mahu campur tangan urusan SPRM dan kita yakin SPRM mempunyai bukti dan fakta yang cukup,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat Laksamana Pertama (Kehormat) kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir di sini hari ini. - Bernama

PRK GALAS : Kerajaan BN tak pernah tabur janji kosong..

GUA MUSANG 3 Nov. - Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah menabur janji kosong dalam setiap pilihan raya kecil, malah setiap apa yang dijanjikan sentiasa dikotakan walaupun kadangkala ia mengambil sedikit masa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dakwaan pembangkang dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas menyatakan kerajaan BN hanya pandai berjanji tetapi gagal menunaikan janji adalah tidak benar sama sekali.

"Exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa kata, saya munafik dalam Harakah sebab katanya janji nak buat jambatan di Manik Urai tetapi tak buat lagi.

"Saya nak tegaskan kalau kerajaan BN berjanji, ia bukan janji kosong. Projek ini kita akan tunaikan... waktu kita janji dulu kos pembinaannya hanya RM7 juta, tetapi sekarang apabila kita panggil tender dah mencecah RM17 juta, naik hampir sekali ganda.

"Walaupun ia satu jumlah yang agak besar, tetapi kita tidak mungkir janji kerana kita mampu untuk menunaikannya. Kita telah minta Perbendaharaan untuk meluluskannya,” katanya ketika berucap di majlis pemimpin bersama rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di sini hari ini. - Bernama

Anwar tidak mungkin bersara hanya disebabkan nasihat bekas mufti

SERI KEMBANGAN 2 Nov. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan bersara dari dunia politik semata-mata atas nasihat bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin.

Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Anwar pastinya akan membuat keputusan atas pertimbangan politik beliau sendiri.

"Kalau kita faham mengapa dia masih begitu berminat, ini kerana dia mempunyai cita-cita yang masih belum kesampaian iaitu menjadi Perdana Menteri dan menguasai Putrajaya.

''Tapi, apa-apa pun, itu hak beliau dan pandangan bekas mufti Perlis juga adalah pendapatnya sendiri. Saya tidak boleh komen atas pandangan orang lain,'' katanya.

Semalam, bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin berkata, sudah tiba masanya Anwar Ibrahim bersara daripada dunia politik kerana banyak rentak politiknya dilihat semakin sumbang.

Menurut Mohd. Asri, Anwar perlu menerima hakikat bahawa zamannya akan beransur pergi dan tidak mungkin generasi baru terus bertahan untuk melihat reka bentuk cerita politiknya yang sama.

"Berilah peluang untuk beliau berundur dengan aman. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar," kata Mohd. Asri dalam entri terbaru di blognya http://drmaza.com yang bertajuk Politik Kita Memerlukan Anjakan Baru.

UMNO BERSATU

Pas keluarkan ‘fatwa baru’!

Pas yang sering mengeluarkan ‘fatwa baru’ bagi kepentingan politik parti itu, hari ini menegaskan, penerima bantuan daripada kerajaan negeri haram menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Fatwa itu dinyatakan secara terbuka oleh Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Muha...mmad Zain Abdul Rahman ketika berucap pada majlis Penyerahan Cek Bantuan Pembangunan Pendidikan Sekolah Agama Rakyat Selangor Fasa Kedua di Madrasah Darul Mujahidin, Telok Panglima Garang di sini hari ini.

Tegasnya, memberi sokongan kepada BN adalah menyalahi tuntutan agama kerana ia membelakangkan kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang didakwanya sebuah kerajaan yang adil.

Menurutnya, bantuan yang diberi sama ada melibatkan pendidikan, kebajikan dan sebagainya merupakan sumbangan ikhlas kerajaan negeri untuk membantu rakyat dan sewajarnya mereka membalas dengan memilih semula ketiga-tiga parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

“Bantuan yang diberikan kepada rakyat pada hari ini datangnya daripada sebuah kerajaan yang adil.“ Jika bantuan diberikan, maka adalah wajar rakyat menyokong kerajaan negeri hari ini pada pilihan raya umum nanti. “Kalau ada orang terima bantuan daripada kerajaan negeri, hukumnya haram kalau mereka sokong UMNO,” katanya di sini.

DAP-PAS-PKR???

GEMPAR - Gambar Nik Ajis " Merasuah" Orang Asli Dan Kemudiannya Berdoa Minta Taubat !!!


1 November Galas Gua Musang:

Semalam bertempat di pekampungan orang Asli Sandrop rombongan PASRAEL di kepalai Nik Ajis dan calon PASRAEL Dr Zul telah melakukan RASUAH secara besar besaran terhadap masyarakat Asli di situ.
...
Nik Ajis secara terang terangan menghulurkan wang dengan note RM50 dua keping kepada masyarakat Asli yang berada di situ. Walaupun Nik Ajis cuba memberikan wang RASUAH tersebut secara Gumpalan kepada mereka yang menerima nya namun perbuatan Nik Ajis itu jelas merupakan satu kesalahan RASUAH.

Untuk gambar dan berita selanjutnya, sila lawat ke laman blog :
http://www.papagomo.com/2010/11/gempar-gambar-nik-ajis-merasuah-orang.html