Wednesday, November 3, 2010

UMNO serah kepada pemuda Orang Asli buat laporan SPRM

KUALA LUMPUR 3 Nov. - UMNO tidak akan masuk campur sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada mereka yang menerima wang daripada Menteri Besar Kelantan ketika program kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas untuk melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan wang sumbangan secara terbuka kepada pemuda Orang Asli pada majlis mesra rakyat di Pos Sandrop, Gua Musang semalam bercanggah dengan apa yang dilakukan Pas sebelum ini.

"Biarlah dilaporkan oleh penerima itu sendiri, kita tidak mahu campur tangan urusan SPRM dan kita yakin SPRM mempunyai bukti dan fakta yang cukup,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat Laksamana Pertama (Kehormat) kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir di sini hari ini. - Bernama

No comments: