Wednesday, November 3, 2010

PRK GALAS : Kerajaan BN tak pernah tabur janji kosong..

GUA MUSANG 3 Nov. - Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah menabur janji kosong dalam setiap pilihan raya kecil, malah setiap apa yang dijanjikan sentiasa dikotakan walaupun kadangkala ia mengambil sedikit masa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dakwaan pembangkang dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas menyatakan kerajaan BN hanya pandai berjanji tetapi gagal menunaikan janji adalah tidak benar sama sekali.

"Exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa kata, saya munafik dalam Harakah sebab katanya janji nak buat jambatan di Manik Urai tetapi tak buat lagi.

"Saya nak tegaskan kalau kerajaan BN berjanji, ia bukan janji kosong. Projek ini kita akan tunaikan... waktu kita janji dulu kos pembinaannya hanya RM7 juta, tetapi sekarang apabila kita panggil tender dah mencecah RM17 juta, naik hampir sekali ganda.

"Walaupun ia satu jumlah yang agak besar, tetapi kita tidak mungkir janji kerana kita mampu untuk menunaikannya. Kita telah minta Perbendaharaan untuk meluluskannya,” katanya ketika berucap di majlis pemimpin bersama rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di sini hari ini. - Bernama

No comments: