Tuesday, May 11, 2010

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN UMNO KE-64

Assalammualikum... Salam 1 Malaysia.

11 MAY 2010 - Parti UMNO genap 64 tahun.
Saya mewakili Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bhgn. Kuala Selangor ingin mengucapkan "Selamat Ulangtahun UMNO ke-64" kepada semua ahli UMNO amnya dan Ahli Puteri khasnya.

Semoga kita akan sentiasa mengingati Sejarah Penubuhan UMNO dan mengambil ikhtibar di atas apa yang telah berlaku. Janganlah kita mudah leka dengan kesenangan yang kita kecapi ketika ini...kerana kesenangan ini tidak akan kekal menjadi milik kita seandainya tiada siapa yang mempertahankannya...

UMNO merupakan Parti yang masih relevan pada waktu ini..marilah Ahli-Ahli PUTERI sekalian kita teruskan perjuangan membela bangsa MELAYU..demi untuk anak-cucu kita di masa hadapan.

HIDUP UMNO! HIDUP PUTERI!.

- s/u Puteri, UBKS

1 comment:

Juragan Malawati said...

Salam...

Dalam usia UMNO genap 64 tahun, semua sudah tahu hala tuju perjuangan parti politik yang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

Tarikh keramat 11 Mei 1946, hari tertubuhnya parti UMNO yang kemudian bersama-sama rakan parti komponen Perikatan dan Barisan Nasional lain dalam menuntut kemerdekaan negara. Seterusnya mengisi kemerdekaan negara ini dengan pembangunan rohani, sosio ekonomi, budaya. Ini yang harus dihayati dan terus dikenang.

Sungguhpun begitu UMNO sejak beberapa tahun kebelakangan ini berhadapan dengan situasi kurangnya sokongan orang Melayu terutama generasi muda kepada parti ini.

UMNO harus akui, cerita-cerita kejayaan dan perjuangan parti sudah tidak 'laku' untuk menambat minat mereka. Apatah lagi hendak memindahkan perjuangan UMNO supaya sama-sama dihayati generasi muda hari ini.

Sudah acap kali dilaung-laungkan UMNO perlu berubah. Tetapi sejauh mana perubahan yang dikehendaki oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak difahami dan dilaksanakan oleh ahli-ahli UMNO.

UMNO perlu memacu perubahan sikap dan pemikiran ahli-ahli parti agar kembali diterima dan disokong oleh rakyat.

Sebab itu, perubahan UMNO bukan sekadar pada slogan tetapi pada amalannya. Perubahan dalam UMNO jangan disorok-sorok tetapi perlu diserlahkan supaya nampak nyata.

Apalah ertinya jika segala perubahan dan tindakan menjuarai hati rakyat hanya terpampang megah pada agenda UMNO tetapi di peringkat pemimpin atasan hingga akar umbi tidak menampakkan kesungguhan perubahan yang menjadi harapan Najib sejak lebih setahun lalu.

Jika ini yang berlaku, ia bakal memberi persepsi kurang baik kepada rakyat khususnya orang Melayu yang mahukan UMNO berubah dan kembali mengutamakan rakyat.

Pemimpin UMNO kena kembali mendengar dan membantu menyelesaikan keluh dan resah rakyat setempat. Penduduk kampung dan desa yang menghadapi kesusahan perlu dibantu.

Mahu tidak mahu, menjadi tanggungjawab UMNO untuk menyatukan kembali orang Melayu dan Bumiputera.

Orang Melayu bukan tidak boleh mengharapkan Pas, PKR atau parti-parti kecil orang Melayu yang lain, tapi hakikatnya dalam soal memperjuangkan martabat dan survival bangsa dan agama, UMNO nampak lebih dominan dan diyakini.

Apa yang kita perhatikan, parti-parti Melayu lain lebih mementingkan kuasa politik daripada penyatuan Melayu/Bumiputera dalam erti kata sebenar sebagaimana dituntut agama Islam.

Parti-parti berkenaan lebih gemar melihat orang Melayu menjadi bangsa yang bermusuhan dan berpecah-belah. Tapi elok diperingatkan bahawa jika bangsa Melayu lemah dan berpecah, percayalah negara ini juga akan kucar-kacir.

Walau apa juga cabaran dan halangan yang dihadapi, UMNO kena pantas bertindak balas.

Kita yakin UMNO mampu mengharungi cabaran mendatang sesuai dengan perubahan yang banyak diterapkan oleh Presiden UMNO sendiri dalam menarik kembali sokongan rakyat.

Dengan berpegang cogan kata Bersatu-Bersetia-Berkhidmat, kita yakin UMNO akan meneruskan perjuangannya. Usia UMNO ke-64 tahun tidak penting tetapi yang utama ialah semangat perjuangannya untuk agama, bangsa dan negara mesti berkekalan.

Salam perjuangan