Wednesday, September 9, 2009

MENYUSUR AKAR AMAL RAMADHAN

Salam.

MENYUSUR AKAR AMAL RAMADHAN 2009 (05.09.09)

Program Menyusur Akar 2009 ada kelainannya... Tahun nie, kita anjurkan bersama KELAB REDAH 4x4.

Kita turun menyampaikan zakat dengan menaiki kenderaan pacuan 4x4. Orang tengok GAH je.. Keletihan di Bulan Ramadhan tak terasa, kerana keseronokan melakukan amal mengatasi segalanya.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar seperti yang di jadualkan. Bermula jam 9.00 pagi kita turun menyampaikan sumbangan zakat dan di akhiri dengan solat Terawih pada sebelah malamnya...

Sebanyak 110 buah keluarga telah pun kita sampaikan sumbangan tersebut.
Pecahannya seperti berikut :-
1. Dun Jeram - 42 buah keluarga
2. Dun Malawati - 38 buah keluarga
3. Dun Ijok - 30 buah keluarga

Semoga program seperti ini akan mendapat lebih sambutan terutamanya daripada ahli puteri. Sama-samalah kita meneruskan perjuangan parti yang masih belum selesai...